Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus camera

OnePlus Mengintegrasikan Telefon Dan Tabletnya Seperti iPad Dan iPhone

Diterbitkan Jun 23, 2023 · Dikemas kini Jun 23, 2023 oleh Firdaus

OnePlus telah melancarkan kemas kini perisian OxygenOS 13.1 OTA yang baharu dan ia menawarkan beberapa peningkatan – perkongsian data selular, Auto Connect dan App Relay Playing.

OnePlus Pad

Kemas kini ini tersedia dan boleh dimuat turun setiap peranti OnePlus antara siri OnePlus 8 dan 11.

Menariknya, kemas kini ini membolehkan peranti telefon dan tablet OnePlus berhubung dengan senang seperti iPhone dan iPad.

Perkongsian Data Selular

OnePlus Mengintegrasikan Telefon Dan Tabletnya Seperti iPad Dan iPhone

Ciri ini membolehkan telefon dan tablet OnePlus untuk berkongsikan data selularnya. Walau bagaimanapun, kedua-dua peranti mestilah tidak jauh lebih 10 meter.

Dan perkongsian mobule network itu akan terputus sekiranya tablet OnePlus berhubung dengan Wi-Fi. Menariknya lagi, ciri ini juga membolehkan perkongsian mesej dan telefon.

Jadi anda boleh memilih untuk menjawab panggilan melalui telefon atau tablet OnePlus anda sendiri.

Auto Connect

Ciri ini membolehkan peranti-peranti OnePlus berhubung secara automatik apabile ia berdekatan antara satu sama lain. Sebagai contoh, OnePlus 11 5G dengan OnePlus Pad.

Ciri ini bertujuan untuk mengurangkan kelecehan ketika perlu menghubungkan kedua-dua jenis peranti secara manual.

Selain itu, ciri ini juga membolehkan peranti menerima notifikasi, salin dan tampal maklumat antara satu sama lain.

App Relay Sharing

Get Ahead with Smart Productivity and Enhanced Privacy & Safety in the brand-new OPPO ColorOS 13 | News Direct

Ciri ini mungkin adalah yang paling menarik antara semua. Apabila diaktif dan dihubungkan, anda boleh mengembangkan paparan telefon OnePlus kepada peranti tablet.

Dengan ciri ini, anda secara bebas boleh memilih untuk menggunakan paparan yang mana tanpa sebarang masalah. Ciri ini sangat membantu dalam tugasan seperti dokumen, menonton movie dan lain-lain

Berkaitan

  • Electronic Arts Telah Berpecah Kepada EA SPORTS Dan EA Entertainment
  • HONOR Magic V2 Mungkin Hadir 12 Julai Depan, X50 Akan Lebih Awal
  • PETRONAS Iona Jadi Pelincir Rasmi Pasukan Lumba Motorsikal Elektrik Energica
  • Google Dilapor Sedang Bangunkan Papan Kekunci Dan 'Stylus' Tablet Pixel
  • Aplikasi GO, Perbankan Internet Bank Islam Sedang Alami Gangguan Perkhidmatan

Pengguna OnePlus boleh memuat turun kemas kini baharu ini melalui System Updates dalam Settings peranti anda.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY