Sebahagian maklumat pelanggan OnePlus seperti e-mel dan alamat pengguna didapati terjejas dengan isu ini.
Firma pengeluar telefon pintar China, OnePlus memaklumkan bahawa telah berlakunya insiden pencerobohan data ke atas data-data pelanggan mereka minggu lalu.
Setakat ini, OnePlus hanya menyatakan ia dilakukan oleh "pihak ketiga" tanpa kebenaran telah menceroboh data pelanggan mereka.
Data-data yang terjejas dengan isu ini termasuklah alamat, e-mel, nama pengguna dan nombor hubungan. Walaubagaimanapun, OnePlus menyatakan data sulit pengguna seperti kata laluan, maklumat pembayaran dan akaun pengguna tidak terjejas dengan insiden ini.
"We want to update you that we have discovered that some of our users' order information was accessed by an unauthorized party. We can confirm that all payment information, passwords and accounts are safe, but certain users' name, contact number, email and shipping address may have been exposed. Impacted users may receive spam and phishing emails as a result of this incident." Pasukan keselamatan OnePlus.
Susulan daripada insiden ini, pihak OnePlus telah bertindak dengan menyekat penceroboh daripada mengkases data pengguna mereka dan mengetatkan lagi kawalan keselamatan terhadap data pengguna mereka. Namun begitu, OnePlus tidak menyatakan jumlah pengguna yang terjejas dengan isu ini.
OnePlus telah memohon maaf atas insiden yang berlaku.
"We are deeply sorry about this, and are committed to doing everything in our power to prevent further such incidents. Please contact us with any questions or concerns at Customer Support." OnePlus.
Sumber: Bleeping Computer
Berkaitan
- OnePlus 7T Akan Tersedia Dilengkapi Dengan Sistem Android 10
- OnePlus Memfokuskan 22 Penambahbaikan Terhadap Kamera Dan Kualiti Rakaman Video
- Fon Telinga OnePlus Nord Buds 2 Diumumkan, Berharga RM329
- OnePlus 8T Disahkan Akan Menyokong Ciri 'Warp Charge 65'
- Selepas Bergabung Dengan OnePlus, OPPO Membuang Pekerja Mereka
- OnePlus Nord 2 5G Dilancarkan, Berharga Dari ~RM1592
- OnePlus Lancar Peranti Audio Buds Pro Dan OnePlus Nord Buds, Harga Bermula RM299
- OnePlus Melancarkan Model Terbaru OnePlus 7T Yang Dikuasakan Snapdragon 855+
- OnePlus 7T Pro Diumum Sebagai Telefon Pintar Terbaik Di Anugerah GLOMO 2020
- OnePlus Menawarkan Ganjaran Sebanyak USD7 Ribu Menerusi Program Ganjaran Pepijat