OnePlus 9 Akan Hadir Dengan Snapdragon 875 Dan 8GB RAM

OnePlus baru sahaja melancarkan OnePlus 8T bulan yang lalu dan masa yang sama juga telah mengumumkan bahawa OnePlus 9 sudah dalam pembangunan.

Baru-baru ini, ada laporan menunjukkan spesifikasi OnePlus 9 terdedah dalam pangkalan data Geekbench.

Telefon ini hadir dengan nombor model LuBan LE2117 serta kod nama cip pemproses "Lahaina" dimana ia adalah cip daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 875 yang akan dilancarkan Disember nanti.

https://twitter.com/stufflistings/status/1327942714323824640?s=20

Hadir dengan RAM sebesar 8GB, OnePlus 9 dapat skor sebanyak 557 bagi satu teras dan 2009 bagi multi-teras di Geekbench.

Selain itu, telefon ini didatangkan dengan 3 lensa pada bahagian belakang yang berbentuk segi empat tepat menegak.



Ia juga akan mempunyai paparan seperti OnePlus 8T iaitu paparan skrin rata serta menyokong kadar penyegaran 120Hz dimana kadar penyegaran ini adalah perkara asas bagi setiap telefon yang dilancarkan tahun ini.

OnePlus 9 dijangka akan dilancarkan tahun hadapan pada bulan Mac 2021 dan mungkin bersama-sama telefon lain iaitu OnePlus Nord SE.

Sumber: Gizchina