OnePlus 8 Pro Mungkin Hadir Dengan Panel 120Hz

Model OnePlus 8 dan 8 Pro akan dilancarkan pada tahun hadapan. Namun, itu tidak menghalang jenama OnePlus dari menyiapkan dan melondehkan spesifikasi satu persatu melalui maklumat yang kelihatan di internet sebelum pelancaran rasminya. Sebelum ini kita telah dijamu dengan imej yang dikatakan OnePlus 8 serta OnePlus 8 Pro. Berdasarkan kepada kenyataan rasmi pengasas bersama OnePlus, peranti OnePlus pada masa yang akan datang bakal menggunakan panel dengan kadar segar semula 90hz.

Namun, menerusi maklumat yang diperolehi oleh Max J. melalui akaun Twitternya, OnePlus mungkin akan menggunakan panel dengan kadar segar semula yang lebih tinggi iaitu 120hz. Pada mulanya, maklumat tersebut samar-samar dengan kapsyen gambar "Be a pro" di mana ia mungkin merujuk kepada peranti selain OnePlus.

https://twitter.com/Samsung_News_/status/1192536068798787585

 

Akan tetapi, persoalan itu terjawab juga tidak lama kemudian apabila beliau membalas pertanyaan jawapan peranti tersebut kepada seorang pengguna lain. Jadi, dengan itu, berkemungkinan OnePlus 8 Pro akan hadir dengan panel segar semula 120hz. Untuk OnePlus 8 biasa, tiada maklumat lain yang mengatakan bahawa peranti tersebut akan menggunakan 90hz ataupun 120hz.

Tetapi, berdasarkan rekod OnePlus bahawa versi Pro akan mempunyai spesifikasi yang sedikit lebih berkuasa berbanding versi bukan Pro, mungkin juga OnePlus 8 hanya akan menggunakan panel 90hz sahaja.

https://twitter.com/Samsung_News_/status/1192538585431519235

Bermula dengan OnePlus 7 Pro, OnePlus mula meletakkan ciri-ciri 90hz pada panel mereka menjadikan skrin peranti mereka lebih lancar digunakan oleh pengguna. OnePlus, selain mengkorporasikan panel 90hz, mereka turut mengkalibrasikan ketepatan skrin, serta menggunakan resolusi QuadHD menjadikan skrin itu bukan sahaja 'licin', malah cantik untuk ditonton.

Sumber: Max J.

 

 

 

Berkaitan