OnePlus 7T Pro Diumumkan - Snapdragon 855+, Warp Charge 30T, Edisi McLaren

Baru sahaja OnePlus melancarkan model 7T  pada 26 September lalu, kini versi Pro pula diumumkan. Sebagai siri 'T', ia membawakan sedikit perubahan sahaja dari model 7 Pro.

Berbeza dengan model 7T biasa, skrin 7T Pro tidak mempunyai takuk kerana peranti ini mempunyai kamera pop-naik 16MP.

Skrin hadapannya bersaiz 6.67 inci dengan resolusi QHD+ Fluid Amoled yang melengkung ke tepi peranti berserta kadar segar semula 90hz.

Terdapat pengimbas cap jari optikal dibawah skrin tersebut yang juga menyokong HDR10+.

Image result for oneplus 7t pro

 

Rekaan kamera belakang tidak berbentuk bulat seperti 7T, tetapi berbentuk memanjang ke bawah.

Ia dilengkapi 3 kamera di belakang dengan 48MP (f/1.6) utama, 8MP (f/2.4) 3X zum, 16MP (f/2.2) sudut ultralebar. Mod makro yang diperkenalkan dalam 7T juga dibawa masuk untuk 7T Pro.

Di dalam, ia dijana oleh Snapdragon 855+ bersama 8GB RAM dan menyokong pengecasan pantas 30T yang 23% lebih laju berbanding 7 Pro.

Storan dalaman hanya mempunyai satu versi sahaja bersaiz 256GB yang berasaskan UFS 3.0. Bateri pula hanya mempunyai sedikit peningkatan sebanyak 4,085mAh berbanding 4,000mAh berbanding 7 Pro.

Bersama-sama dengan 7T Pro, edisi khas McLaren berwarna tema hitam dan kuning turut dilancarkan. Ia mempunyai 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Image

Edisi McLaren juga mempunyai ciri eksklusif seperti tema McLaren, latar belakang, ikon dan sisi skrin melengkung peranti yang menyala kuning jika mendapat notifikasi.

Kedua-dua model peranti menjalankan OxygenOS 10 berasaskan Android 10 dan dijual di pada harga £699 (~RM3,645) dan £860 (~RM4,482) untuk edisi McLaren.

Image