OnePlus 5 Sah Mempunyai Dwi Kamera Utama dan Cip Pemprosesan 835

Oneplus, satu nama yang disanjung tinggi dalam pasaran telefon pintar dengan membawakan telefon berspesifikasi tinggi tetapi dengan harga separuh daripada flagship lain. Awal tahun ini OnePlus menampilkan OnePlus 3T dengan cip dan kamera yang dinaik taraf.

Seperti yang sedia umum, OnePlus merupakan syarikat yang berpangkalan di China dan nombor '4' melambangkan kematian dalam budaya Cina. Jadi secara logiknya, model seterusnya OnePlus adalah OnePlus 5.

phph0qhbq

Mengikut satu laporan yang sedang berlegar-legar di internet, OnePlus 5 seperti biasa akan mempertaruhkan ciri setaraf dengan flagship ketika ini. Ianya termasuklah dwi kamera utama, pembantu suara, dan cip pemprosesan 835.

Tetapi setakat ini masih tiada pengumuman rasmi tentang peranti ini. Khabar angin mengatakan OnPlus 5 akan dimuatkan dengan sensor 16MP sama seperti mdoel OnePlus 3T.

gsmarena_001 (1)

Antara yang lain, OnePlus 5 ini juga bakal hadir dengan paparan QHD bersaiz 5.5 inci dan sekurang-kurangnya RAM sebesar 6GB dan storan dalaman 256GB.

Terdapat juga ura-ura mengatakan OnePlus 5 akan membawakan rekaan butang home (sensor cap jari) di atas skrin seperti yang ditampilkan Samsung S8.

Pengasas OnePlus Carl Pei berkata kepada India Today Tech: "Sesetengah orang fikir kita mempunyai produk yang terbaik dan ada yang rasa kami mempunyai produk yang terbaik pada harga yang diberikan. Tetapi pada kami sentiasa mahu jadi yang terbaik. That's it ".

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=k6LebeDlOkA[/embed]

Sumber