Dikatakan bahawa OnePlus 10 Pro akan dilancarkan secara global bersama OnePlus 10 dan OnePlus 10R pada bulan Mac ini. Kami juga ada menulis sebelum ini bahawa versi OnePlus 10 Pro yang dijual secara global mungkin tidak sama dengan versi di China.
Semasa hari pelancaran OnePlus 10 Pro tempoh hari, kita tidak banyak mendengar berita mengenai OnePlus 10 dan OnePlus 10R. Jadi tumpuan mungkin akan diberikan kepada 2 model ini.
Walau bagaimanapun, Menurut daripada @heyitsyogesh, OnePlus dilaporkan sedang dalam fasa pengujian telefon baharu dan ianya bukanlah model siri-T. Telefon ini mungkin peranti terbaharu dari OnePlus, digembar-gemburkan sebagaiĀ OnePlus 10 Ultra.
Technology sharing between OnePlus & Oppo is in Full swing, Find X5 series gets Hasselblad treatment and I'm hearing that MariSilicon will be seen on a OnePlus Flagship in the 2nd Half of this year.
There are rumours of an Ultra flagship from OnePlus in the EVT phase right now.
— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) January 25, 2022
Peranti ini mungkin akan dikuasakan dengan Snapdragon 8 Gen 1 Plus. Walaupun Qualcomm masih belum mengumumkan cipset tersebut, tetapi disebabkan ia mungkin dilancarkan pada penggal kedua tahun ini, peranti ini mempunyai peluang besar untuk menggunakan cip tersebut. Lebih-lebih lagi selepas dapat tahu tentang kewujudan cip ini.
Selain itu, OnePlus 10 Ultra ini juga akan menggunakan MariSilicon X NPU (cip pemprosesan khas untuk imej) dari OPPO. Seperti yang anda tahu, OnePlus dan OPPO telah bergabung untuk operasi mereka disebabkan itu kita dapat lihat kedua-dua syarikat ini berkongsi teknologi.
OnePlus 10 Ultra ini juga dikatakan akan mengekalkan penggunaan kamera Hasselblad dan akan menyokong pengecasan pantas sehingga 80W.
Apa-apa pun kita tunggu sahaja sehingga hari pelancaran.
Sumber: Yogesh Brar
Baca juga: