Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Observatori Negara Langkawi Rakam Imej Supernova Baharu Sejauh 55 Juta Tahun Cahaya 

Observatori Negara Langkawi Rakam Imej Supernova Baharu Sejauh 55 Juta Tahun Cahaya 

Diterbitkan Februari 16, 2024 · Dikemas kini Februari 16, 2024 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini memaklumkan, sistem teleskop di Observatori Negara Langkawi telah berjaya merakam imej supernova baharu yang dikenali sebagai SN 2024gy.

Imej supernova itu dirakam pada 13 Februari 2024 lalu. SN 2024gy adalah supernova baharu yang telah ditemui oleh ahli astronomi Jepun bernama Koichi Itagaki pada 4 Januari 2024 lepas.

SN 2024gy berlaku dalam galaksi pilin yang dikenali sebagai NGC4216 yang terletak kira-kira 55 juta tahun cahaya dari galaksi kita.

Observatori Negara Langkawi Rakam Imej Supernova Baharu Sejauh 55 Juta Tahun Cahaya 
Supernova ialah bintang yang menjadi sangat terang disebabkan berlakunya ledakan yang menghamburkan jisimnya.

MYSA menjelaskan, pemerhatian ke atas spektrum cahaya supernova itu menunjukkan bahawa SN 2024gy merupakan supernova Jenis Ia (Satu-a), iaitu supernova yang tidak mempunyai unsur hidrogen di dalam spektrum cahayanya.

Letupan ini berlaku pada sistem bintang binary (dedua), iaitu dua (2) bintang yang mengorbit antara satu sama lain.

Salah satu bintang tersebut merupakan bintang kerdil putih dan satu lagi bintang sama ada merupakan bintang gergasi ataupun bintang kerdil putih juga.

Observatori Negara Langkawi Rakam Imej Supernova Baharu Sejauh 55 Juta Tahun Cahaya 

Supernova Jenis Ia selalunya menghasilkan kecerahan yang hampir sama dan boleh digunakan untuk mengukur jarak antara kedudukan letupan tersebut dan Bumi.

Magnitud ketara (kecerahan) SN 2024gy ketika ditemui adalah 16.3 dan kecerahannya semakin meningkat (merujuk kepada https://www.wis-tns.org/object/2024gy).

MYSA berkata, masyarakat Malaysia boleh menggunakan teleskop yang bersesuaian untuk mencerap SN 2024gy pada waktu malam sehingga subuh dengan mengenal pasti kedudukan NGC4216 untuk memudahkan pencerapan.

Teleskop yang besar akan membolehkan supernova ini dilihat dengan lebih mudah berbanding teleskop yang lebih kecil.

Berkaitan

  • NASA Sahkan Penemuan Planet 'Super-Earth' Baharu "Hampir" Dengan Bumi
  • Teknologi Bateri Honor Magic6 Pro Bolehkan Ia Bertahan Di Angkasa
  • Observatori Negara Langkawi Rakam 11 Kumpulan Tompok Matahari

Sumber: MYSA, earthsky.org

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY