Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Observatori Negara Langkawi Rakam Imej Oposisi Musytari

Observatori Negara Langkawi Rakam Imej Oposisi Musytari

Diterbitkan September 27, 2022 ยท Dikemas kini September 27, 2022 oleh ariff bukhari

Pada hari ini, 27 September 2022, jam 3:25 pagi, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan bahawa sistem teleskop Observatori Negara Langkawi (ONL) telah berjaya merakam imej Planet Musytari dalam kedudukan oposisi atau dikenali sebagai istiqbal, iaitu kedudukan bertentangan dengan Matahari merujuk kepada Bumi.

MUSYTARI 2

Selain menunjukkan jalur dan pusaran awan pada permukaannya, imej 2 daripada 4 bulan utamanya iaitu Europa dan Ganymede yang merupakan sebahagian daripada Galilean Moons (Io, Europa, Ganymede dan Callisto) juga kelihatan dalam imej tersebut.

Observatori Negara Langkawi Rakam Imej Oposisi Musytari

Semasa oposisi pada kali ini, permukaan Musytari yang menghadap Bumi akan disinari sepenuhnya oleh cahaya Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain.

Sebelum ini juga berkaitan dengan fenomena yang sama, NASA memaklumkan bahawa Musytari (Jupiter) yang merupakan planet terbesar dalam Sistem Suria akan berada pada jarak yang paling hampir dengan Bumi dalam tempoh 59 tahun.

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY