Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Observatori Negara Langkawi Rakam Imej Fasa Bulan Purnama

Observatori Negara Langkawi Rakam Imej Fasa Bulan Purnama

Diterbitkan Mac 9, 2023 ยท Dikemas kini Mac 9, 2023 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan, Observatori Negara Langkawi telah berjaya merakam imej fasa bulan purnama pada 7 Mac 2023 jam 11:34 malam.

Fasa bulan purnama merupakan fasa bulan yang berlaku apabila Bulan berada bertentangan dengan Bumi dan Matahari. Pada kedudukan ini, keseluruhan permukaan Bulan yang disinari cahaya Matahari akan menghadap Bumi dan kelihatan bulat.

MYSA bulan purnama

MYSA menjelaskan, Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri tetapi memantulkan cahaya Matahari ke mata kita.

Seperti Bumi, Bulan juga berputar pada paksinya dan pada masa yang sama, ia beredar mengikut orbitnya mengelilingi Bumi.

Semasa Bulan mengorbit Bumi, kedudukan Bulan berubah-ubah dari masa ke masa. Oleh itu, luas permukaan Bulan yang disinari cahaya yang menghadap ke Bumi adalah berbeza-beza pada setiap masa.

Bentuknya juga akan berubah-ubah sepanjang peralihan fasa bulan baru ke fasa bulan penuh dan kembali semula ke fasa bulan baru.

Berkaitan

  • YouTube Buang Iklan Berbentuk 'Overlay' Mulai April
  • Tak Perlu Kad, Anda Boleh Guna Nombor Telefon Di Pam Minyak Untuk Kumpul Mata Mesra Petronas
  • Hari Wanita Antarabangsa: Ini Dia 4 Wanita Berpengaruh Dalam Bidang Teknologi

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY