Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Observatori Negara Langkawi Kesan 5 Tompok Matahari Besar

Observatori Negara Langkawi Rakam 11 Kumpulan Tompok Matahari

Diterbitkan Februari 9, 2024 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini memaklumkan, Observatori Negara Langkawi telah merakam sebanyak 11 kumpulan Tompok Matahari pada 6 Februari 2024.

Tompok Matahari itu masing-masing diberi nama AR3565, AR3567, AR3570, AR3571, AR3572, AR3573, AR3574, AR3575, AR3576, AR3577 dan AR3578.

Tompok matahari

Tompok Matahari adalah kawasan sejuk di lapisan fotosfera yang dihasilkan oleh perubahan setempat di dalam medan magnet Matahari serta cenderung untuk terbentuk dalam kumpulan-kumpulan.

Tompok Matahari merupakan fenomena sementara pada fotosfera Matahari yang kelihatan sebagai tompokan gelap berbanding kawasan sekitarnya.

Ia mempunyai medan magnet yang kuat dan menyebabkan tekanan atmosfera di sekitarnya menurun.

Oleh itu, suhunya adalah lebih rendah (sejuk) berbanding dengan persekitarannya kerana medan magnet ini telah menghalang pengaliran gas panas ke permukaan Matahari.

Kebiasaannya, jangka hayat kumpulan Tompok Matahari mengambil masa di antara beberapa hari hingga beberapa minggu.

Tompok matahari 1

Kawasan yang terang dalam imej Matahari III di atas pula dikenali sebagai “plage” yang sering mengelilingi kumpulan Tompok Matahari dan merupakan salah satu ciri lapisan kromosfera.

Ia menandakan kehadiran medan magnet yang kuat berhampiran dengan kumpulan Tompok Matahari tertentu dan berpotensi untuk menghasilkan letusan suar suria dan sebagainya.

Jaluran gelap pada imej ini pula dikenali sebagai filamen atau semarak (prominence) apabila ia berada pada sisi Matahari yang merupakan fenomena gelungan besar gas bercahaya yang berlaku di lapisan kromosfera dan korona Matahari.

Berkaitan

  • NASA Sahkan Penemuan Planet 'Super-Earth' Baharu "Hampir" Dengan Bumi
  • Saintis China 'Hidupkan' Tong Tong, Kanak-Kanak AI Pertama Di Dunia
  • Teknologi Bateri Honor Magic6 Pro Bolehkan Ia Bertahan Di Angkasa

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY