Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imej Gerhana Matahari Separa 2023 1

Observatori Negara Langkawi Berjaya Rakam Imej Gerhana Matahari Separa

Diterbitkan April 24, 2023 · Dikemas kini April 24, 2023 oleh ariff bukhari

Pada 20 April 2023 yang lalu, Observatori Negara Langkawi telah pun berjaya merakam imej Gerhana Matahari Separa pada tahap litupan sekitar 1.7%.

Imej itu berjaya dirakam pada jam 11:47 pagi hingga 12:01 tengah hari.

Imej Gerhana Matahari Separa 2023

Fenomena Gerhana Matahari Separa yang berlaku itu adalah bersempena dengan Fenomena Gerhana Matahari Hibrid yang berlaku berdekatan benua Australia.

Gerhana Matahari Hibrid hanya berlaku 7 kali pada abad ke-21 iaitu pada tahun 2013, 2023, 2031, 2049, 2050 dan 2067.

Fenomena Gerhana Matahari Hibrid pada tahun ini berlaku pada 4.1 hari selepas Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari Bumi dengan jarak 367,968km.

Gerhana Matahari ini dipanggil ‘hibrid’ kerana ia melibatkan ketiga-tiga kawasan bayang-bayang Bulan iaitu umbra, penumbra dan antumbra yang menggabungkan ketiga-tiga jenis gerhana matahari iaitu, Gerhana Matahari Penuh, Gerhana Matahari Anulus dan Gerhana Matahari Separa sepanjang laluan tengah gerhana.

Berkaitan

  • Persoalan Jangka Hayat Bateri Kenderaan Elektrik Akhirnya Terjawab
  • Dunia Akan Alami Fenomena Gerhana Matahari Hibrid 20 April 2023
  • Telefon Boleh Lipat "Clamshell" Pertama vivo Dilancar Dengan Paparan Sekunder Unik

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY