Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Observatori Negara Berjaya Merakam Imej Meteor Quadrantids

Observatori Negara Berjaya Merakam Imej Meteor Quadrantids

Diterbitkan Januari 6, 2022 oleh ariff bukhari

Pada 4 Januari 2022 lalu, Agensi Angkasa Lepas Malaysia (MYSA) memaklumkan Pusat Observatori Negara Langkawi telah berjaya merakam imej meteor Quadrantids.

Imej itu berjaya dirakam pada jam 6.20 pagi.

Imej meteor Quadrantids

Hujan Meteor Quadrantids merupakan fenomena yang berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit asteroid yang dinamakan 2003 EH1.

Sebahagian daripada asteroid ini akan terurai menjadi serpihan debu dan habuk akibat kesan keretakan haba yang kuat dan seterusnya terserak ke dalam laluan orbitnya.

Ahli astronomi yang juga merupakan saintis bernama Peter Jenniskens adalah tokoh yang bertanggungjawab menyedari bahawa asteroid 2003 EH1 adalah sumber kepada Meteor Quadrantids pada 6 Mac 2003 dahulu.

Asteroid dengan kelebaran 3km ini mengambil masa kira-kira 5.5 tahun untuk mengorbit mengelilingi Matahari.

Kemuncak Hujan Meteor Quadrantids akan berlaku dalam bulan Januari setiap tahun dan dianggap sebagai salah satu fenomena hujan meteor terbaik setiap tahun.

Pada kemuncaknya, anda boleh melihat antara 60 sehingga 200 Meteor Quadrantids setiap jam pada keadaan langit yang gelap dan cuaca yang baik.

Meteor Quadrantids dianggarkan bergerak pada kelajuan 41 kilometer/saat. Fenomena ini boleh dilihat bermula dari 28 Disember hingga 12 Januari setiap tahun.

Sumber:  NASA , MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY