Nvidia DLSS Kini Sokong Lebih Banyak Permainan Seperti COD Warzone Dan Outriders

Selain daripada pengumuman kad grafik RTX 30 untuk komputer riba dan RTX 3060, Nvidia turut menambah lagi judul permainan yang menyokong Nvidia DLSS semasa acara GeForce RTX: Game ON.

Empat judul baru yang akan menyokong Nvidia DLSS ini adalah:

  • Call of Duty: Warzone

  • Outriders

  • Iron Conflict

  • Edge of Eternity


Terdapat tiga lagi judul permainan yang menyokong Ray Tracing dan DLSS termasuk:

  • Five Nights at Freddy’s: Security Breach

  • The Medium 

  • F.I.S.T.: Forged in Shadow Torch


Untuk yang tidak mengetahui, DLSS atau Deep Learning Super Sampling adalah teknologi Nvidia yang ada pada kad grafik RTX yang menggunakan AI untuk memberikan kadar bingkai yang tinggi tanpa mengorbankan kualiti gambar.



Malah, fungsi DLSS ini juga sangat membantu dalam permainan Cyberpunk 2077 yang dilancarkan pada bulan lepas.

Selain itu, Nvidia Reflex juga ditambah pada permainan Overwatch dan Rainbow Six Siege yang mana akan memberikan latensi sangat rendah terutama untuk permainan e-sukan.