Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA Bersama Pacu Program ‘Sandbox AI’ Negara, Persiapkan Pemula AI Jana Pendapatan RM1 Bilion

NVIDIA Bersama Pacu Program ‘Sandbox AI’ Negara, Persiapkan Pemula AI Jana Pendapatan RM1 Bilion

Diterbitkan April 19, 2024 · Dikemas kini April 19, 2024 oleh ariff bukhari

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) semalam telah merasmikan pelancaran Program Perintis Kecerdasan Buatan (AI) Sandbox dengan kerjasama strategik antara National Technology Innovation Sandbox (NTIS) dan NVIDIA

Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan kecerdasan buatan (AI) melalui pembentukan bakat AI dengan kerjasama badan kerajaan dan pihak industri yang berkepentingan.

“Program ini dijangka akan memudahkan penubuhan sehingga 900 syarikat pemula (Startups) AI menjelang tahun 2026, memupuk pembangunan lebih 13,000 bakat AI baharu dan berpotensi merangsang sehingga 10% pertumbuhan ekonomi melalui penciptaan industri baharu dan peluang pekerjaan. Kami menetapkan penanda aras baharu menandakan kehadiran Malaysia di pentas global” YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri MOSTI.
NVIDIA Bersama Pacu Program ‘Sandbox AI’ Negara, Persiapkan Pemula AI Jana Pendapatan RM1 Bilion
Hadir sama pada majlis pelancaran tersebut ialah YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi (KPT); YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan Keith Strier, Naib Presiden NVIDIA.
Beliau turut menyatakan, inisiatif ini adalah bukti komitmen untuk memandu inovasi dan daya saing di arena antarabangsa, sejajar dengan matlamat negara mempersiapkan 100 syarikat AI untuk menjana pendapatan RM1 bilion pada 2030.
Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) bertindak sebagai ketua sekretariat, di mana fasa sulung program ‘sandbox” ini akan bermula secara maya dan fasa ini akan terbuka kepada mana-mana syarikat pemula AI untuk mengambil bahagian dan menyumbang kepada objektif program.
NVIDIA Bersama Pacu Program ‘Sandbox AI’ Negara, Persiapkan Pemula AI Jana Pendapatan RM1 Bilion
NVIDIA pula akan menyumbang kepada latihan dan pembinaan kapasiti AI, memastikan tenaga kerja Malaysia kekal berdaya saing dan boleh disesuaikan dalam landskap industri dipacu AI yang berkembang pesat.
Program Perintis Sandbox AI ini direka untuk meningkatkan penggunaan teknologi AI merentasi organisasi Malaysia serta mengecilkan jurang sedia ada yang menjadi amalan dan norma industri global.
Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Sambar iPhone Raya Sekarang Serendah RM46/bulan Dan Jimat Sehingga RM750

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY