Nvidia Ambil Alih ARM Dengan Urus Niaga Bernilai $40 Billion

Terkini, syarikat Nvidia hari ini bersetuju untuk mengambil alih ARM dengan nilai urus niaga sebanyak $40 billion.

Ia menjadikannya nilai urus niaga paling besar untuk industri cip secara keseluruhan.

Sebagai rekod, sebelum ini pada tahun 2016, syarikat SoftBank telah membeli ARM dengan nilai $31.4 billion.

Dengan pembelian terbaharu ini, Nvidia akan menambah teknologi yang dimiliki ARM ke dalam senarai penawaran produk dan juga harta intelek (IP) mereka.

Mengulas lebih lanjut mengenai pembelian tersebut, CEO Nvidia, Jensen Huang mengatakan beliau berminat dengan model bisnes ARM dan mahu menambah meluaskan lagi teknologi Nvidia dengan apa yang dimiliki oleh ARM.

Menurut Bloomberg, fokus awal Nvidia dengan teknologi ARM adalah pusat data terlebih dahulu menggunakan cip dari ARM sendiri.

Ini adalah kerana cip ARM lebih jimat tenaga dan mempunyai kelebihan dari segi kapasiti komputeran dan juga kos secara keseluruhan.

Sumber: Bloomberg, Nvidia

 

Berkaitan