Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nuklear Malaysia Sedang Jalankan R&D Biak Baka Mutasi Rumput Bagi Tangani Isu Sekuriti Makanan

Nuklear Malaysia Sedang Jalankan R&D Biak Baka Mutasi Rumput Bagi Tangani Isu Sekuriti Makanan

Diterbitkan Jun 12, 2022 oleh ariff bukhari

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak mereka bersama-sama dengan agensi-agensi di bawahnya kini sedang giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membantu menangani isu sekuriti makanan.

Contohnya adalah Agensi Nuklear Malaysia yang sedang menjalankan R&D kaedah biak baka mutasi rumput bagi menghasilkan kepelbagaian baharu rumput jenis Napier yang lebih tinggi kandungan proteinnya untuk dijadikan sumber makanan utama kepada haiwan-haiwan ternakan seperti lembu dan kambing.

Bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran tanaman pula, Nuklear Malaysia menggunakan teknologi penyinaran gamma bagi menjana pelbagai tanaman baharu termasuklah penambahbaikan tanaman.

Penggunaan baja yang berasaskan teknologi nano (nanofertiliser) juga turut dilaksanakan di mana ia berupaya melepaskan nutrien secara terkawal seterusnya mengurangkan penggunaan baja dan meningkatkan produktiviti serta hasil pertanian, khususnya bekalan makanan.

MOSTI menyatakan,sehingga kini terdapat sebanyak 46 penyelesaian teknologi telah dikenal pasti tersedia untuk membantu menangani isu sekuriti makanan.

Sumber: MOSTI

Baca juga:

  • MOSTI Sumbang Baka Padi Nuklear Kepada Pesawah Kuala Terengganu
  • Malaysia Kekurangan Pekerja Berkemahiran Tinggi Dalam Industri Teknologi – MOSTI
  • e-BECA Dilancarkan, Boleh Dicas Guna Tenaga Solar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY