Nubia Red Magic 3 Bakal Dipasarkan Pada Harga Rm 2199

Pasaran telefon pintar yang memfokuskan permainan mudah alih semakin rancak dengan kehadiran model-model dari pelbagai pengeluar. Antara yang mencuri tumpuan adalah penawaran dari Nubia menerusi model Red Magic 3 dan ia telah dikhabarkan memasuki Malaysia tidak lama lagi.


Setelah disahkan akan dipasarkan di Malaysia, DirectD salah satu penjual popular tanah air telah mula membukan pra-tempah peranti ini, sekaligus mendedahkan harga jualannya. Diletakkan pada harga RM 2199, Nubia Red Magic 3 tampil dengan skrin paparan HD+ penuh berukuran 6.65 inci.



Bahagian dalaman pula diisi dengan RAM 8GB bersama-sama ruang simpanan 128GB serta dikuasakan dengan cip Snapdragon 855. Tetapan kamera pula menggunapakai lensa 16MP manakala panel belakang ditempatkan dengan kamera 48MP.

Berstatus sebagai peranti yang memfokuskan permainan mudah alih, reka bentuknya juga lebih menarik disamping LED RGB yang menghiasi panel belakang. Menariknya tentan peranti ini adalah sistem penyejukan yang menggunakan kipas kecil terbina pada bahagian dalam yang menurut syarikat pengeluar, ia mampu memindahkan haba sebanyak 500%.

Ciri lain yang boleh didapati pada model ini adalah sistem operasi Android 9 Pie. slot dwi kad sim nano, bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas. Pembelian dari DirectD akan disertakan dengan waranti 1 tahun dari Nubia Malaysia.