Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing OS 2.0

Nothing Sahkan Phone (1) Akan Terima Nothing OS 2.0 Pada Ogos

Diterbitkan Jun 14, 2023 · Dikemas kini Jun 14, 2023 oleh Amalina Athman

Menerusi acara pelancaran Phone (2) pada Julai nanti, Nothing akan memperkenal sistem operasi terbaharu. Berita gembira buat pengguna Phone (1), Nothing kini mengesahkan peranti itu akan turut menerima kemas kini OS yang sama pada Ogos.

Berkaitan

  • Nothing Phone (2) Dilengkapi Skrin Lebih Besar Daripada Phone (1), 3 Versi Android
  • Nothing Phone (2) Akan Dilancar 12 Julai

Di Twitter, Pei menyatakan Nothing OS 2.0 akan tersedia untuk pengguna Phone (1) menjelang akhir Ogos 2023. Ini bermakna, pengguna Phone (1) akan menerima Nothing OS 2.0 selepas beberapa minggu pelancaran Phone (2).

Software support is very important to us. Nothing OS 2.0 will be coming to Phone (1) users by the end of August.

— Carl Pei (@getpeid) June 13, 2023

Berkenaan Phone (2), Nothing mengesahkan peranti ini akan dilancarkan pada 11 Julai dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, kapasiti bateri 4,700mAh serta rekaan lampu glyph di bahagian panel belakang.

Bagi Nothing OS 2.0 pula, syarikat itu mengatakan sistem operasi berkenaan hampir dibangunkan dari awal, yang mungkin bermakna ia akan membawa sejumlah perubahan besar. Sehingga itu, nantikan acara pelancaran pada Julai nanti.

Sumber: Carl Pei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY