Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Norway Lancar “Kubur” Karbon Dasar Laut Pertama Di Dunia

Norway Lancar “Kubur” Karbon Dasar Laut Pertama Di Dunia

Diterbitkan Ogos 26, 2025 oleh ariff bukhari

Norway telah melancarkan perkhidmatan komersial pertama dunia untuk penyimpanan karbon melalui projek Northern Lights, dikendalikan oleh Equinor, Shell dan TotalEnergies dengan sokongan Kerajaan Norway.

Projek ini mengangkut CO2 yang dikumpul dari loji Eropah, menukarnya kepada bentuk cecair, dan menyimpannya secara kekal sedalam 2.6 km di bawah dasar Laut Utara.

Penyimpanan pertama datang dari kilang simen Heidelberg Materials di Brevik, Norway.

Walaupun teknologi CCS (Carbon Capture and Storage) diiktiraf penting oleh IPCC dan IEA, ia masih mahal berbanding membeli permit karbon.

Buat masa ini, Northern Lights hanya mempunyai tiga kontrak komersial di Eropah, dengan kapasiti 1.5 juta tan CO2 setahun yang bakal meningkat kepada lima juta tan menjelang 2030.

Malaysia sebelum ini pernah dilaporkan sedang menghampiri persetujuan dengan Jepun untuk bekerjasama dalam penyimpanan karbon dioksida (CO2) bawah tanah.

Rancangan ini melibatkan pengangkutan gas rumah hijau dari Jepun dalam bentuk cecair ke Malaysia untuk disimpan, dijangka bermula seawal tahun 2030.

Berkaitan

  • Malaysia Dilapor Bersedia Jadi “Bank Karbon” Bawah Tanah Untuk Jepun
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • UTM Dan UPNM Kini Terlibat Dalam Pembangunan Teknologi Pertahanan Negara

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY