Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia T20 Dilancar Di Malaysia Pada Jualan Mega 12.12

Nokia T20 Dilancar Di Malaysia Pada Jualan Mega 12.12

Diterbitkan Disember 10, 2021 oleh Faiz Munir

Nokia yang kini di bawah HMD Global akan membawa masuk siri-T mereka iaitu Nokia T20 ke dalam pasaran Malaysia. Nokia menetapkan satu aras yang mana mereka memastikan tablet Android mampu milik.

Nokia T20 ini dijana dengan cipset Unisoc T610, didatangkan dengan skrin berukuran 10.4 inci 2K, 4GB+64GB storan, dan mampu menyokong sehingga 512GB kad memori. Tablet ini juga mampu bertahan untuk penggunaan harian kerana ia mempunyai bateri berkapasiti 8200 mAh dengan pengecasan 15W (pengecasan dalam kotak 10W).

Nokia T20 Dilancar Di Malaysia Pada Jualan Mega 12.12

Hadir dengan Android 11, tablet ini akan menerima kemaskini sistem operasi selama 2 tahun dan kemaskini sekuriti bulanan selama 3 tahun.

Nokia T20 ini akan mula dijual di Shopee dan Lazada ketika Jualan Mega 12.12 jam 9 malam. Anda berpeluang mendapatkan sarung pelingdung percuma bernilai RM229 dengan setiap pembelian tablet ini.

Rugged Flip Case_Full View

Sumber: Siaran akhbar HMD Global

Baca juga:

  • Varian realme Pad Dilihat Di Geekbench, Bersama Cipset Unisoc
  • Ini Dia Telefon Pertama Dengan Snapdragon 8 Gen 1

  • Berpeluang Dapatkan Redmi Watch 2 Lite Dengan Harga RM199 Pada 12.12

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY