Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengeluaran Kereta Ford Dan Nissan Terjejas Disebabkan Kurang Bekalan Cip

Nissan Kini Dilaporkan Cari ‘Teman’ Baharu Selepas Gagal Dengan Honda

Diterbitkan Februari 7, 2025 · Dikemas kini Februari 7, 2025 oleh ariff bukhari

Nissan Motor Co. kini dilaporkan sedang mencari rakan kongsi baharu selepas bersedia menamatkan rundingan pembentukan syarikat pegangan bersama dengan Honda Motor Co., menurut sumber Bloomberg.

Nissan dikhabarkan ingin bekerjasama dengan syarikat teknologi berpangkalan di AS bagi menghadapi peralihan ke arah elektrifikasi dan automasi dalam industri automotif.

Menamatkan rundingan dengan Honda akan membolehkan kedua-dua pihak menarik diri tanpa membayar yuran pembatalan besar sebanyak ¥100 bilion (MYR 3.2 bilion), seperti yang dinyatakan dalam memorandum persefahaman pada 23 Disember lepas.

Pembatalan itu dipercayai selepas kedua-dua pengeluar kereta Jepun itu tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai terma perjanjian itu.

Keputusan itu dibuat kerana syarikat tidak dapat bersetuju dengan penilaian setiap pihak di bawah syarikat induk. Nissan juga menolak cadangan Honda untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Bumbung Kilang Continental Di PJ Kini Digantikan Dengan Panel Solar
  • Nissan Dan Honda Dilaporkan Mungkin Batal Penggabungan

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY