Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
akaun nintendo digodam

Nintendo: Tiada Model Baru Switch Tahun Ini

Diterbitkan Februari 2, 2020 oleh Meor Hasyim

Beberapa minggu lalu, terdapat laporan mengatakan Nintendo akan melancarkan model baharu “Pro” pada tahun ini. Akan tetapi kenyataan rasmi dari Nintendo Jepun telah menyangkal ura-ura tersebut sepenuhnya.

Menurut sumber, Presiden Nintendo Shuntaro Furukawa, syarikat tersebut sememangnya tidak mempunyai rancangan untuk melancarkan model baharu Switch pada tahun ini. Jadi ini menjadikan Nintendo hanya mengekalkan dua model sahaja, dengan model terkini Switch Lite yang dilancarkan beberapa bulan lalu.

nintendo switch lite
Model Switch Lite yang dilancarkan beberapa bulan lalu.

Furukawa juga menyatakan model-model tersebut kini sedang memasuki pertengahan kitaran hayat mereka. Mereka juga berharap dapat memanjangkan kitaran hayat Switch lebih lama dari 5-6 tahun sebelumnya.

Nampaknya, untuk melihat model Switch Pro atau Switch yang lebih berkuasa dilancarkan, kita terpaksa menunggu tahun-tahun yang mendatang.

Sumber: GameSpot, Phonandroid

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY