Model terkini Nintendo Switch merupakan versi Lite yang dilancarkan pada Julai 2019 tahun lalu. Jika anda mahukan Switch dengan spesifikasi yang lebih berkuasa, simpan dahulu duit anda. Ini adalah kerana terdapat laporan mengatakan bahawa versi Switch yang lebih berkuasa akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini.

Menurut laporan DigiTimes, Switch terbaharu ini akan memulakan produksi sekitar bulan Mac ini. Ia dikatakan akan hadir dengan kerangka aloi magnesium bersama-sama dengan cip pemprosesan yang dikemaskini.

Sesetengah dari penganalisis mengatakan model Switch terbaharu itu akan dipanggil sebagai “Switch Pro“. Namun tiada bukti kukuh lagi yang menguatkan dakwaan itu. Dianggarkan harga jualan konsol tersebut adalah 399USD (~RM1,636) dan akan mempunyai ketahanan bateri yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Dipercayai jika Nintendo maju menjual “Switch Pro”, ia bakal mencabar kewujudan pesaing lain seperti PlayStation 5 dan juga Xbox Series X tahun ini.

Sumber: DigiTimes melalui Polygon