Nike Air Mag - Kasut "Masa Depan" Dari Filem Back To The Future

Tidak ada kasut yang mendapat kemunculan istimewa dalam filem seperti yang dipakai oleh Michael J. Fox dalam filem Back to the Future Part II, Nike Air Mag. Dengan potongan ultra-tinggi, tali kasut berlampu dan automatik, Nike Air Mag menjadi simbol kasut "masa depan" pada tahun 2015 dari perspektif filem 1989.

Nike Air Mag direka oleh Tinker Hatfield, dan Nike telah mengambil selama 27 tahun untuk menghasilkan rekaan kasut yang sama seperti yang terdapat dalam filem Back to the Future.

1989 - Kemunculan pertama dalam "Back to the Future Part II"


kasut masa depan

Kali pertama Nike Air Mag mula didedahkan adalah pada tahun 1989, apabila muncul dalam filem Back to the Future Part II. Filem yang adegannya banyak disaksikan pada tahun 2015, iaitu 'masa hadapan' yang mempunyai kasut "auto-lacing" dan boleh menyala. Watak Michael J. Fox, Marty McFly, memakai Nike Air Mag di dalam filem itu untuk menyesuaikan diri dengan "waktu moden" pada tahun 2015.

Babak Marty memakai Nike Air Mag dalam filem Back to the Future itu telah menarik perhatian ramai "sneakerhead", peminat pop culture, dan pakar teknologi untuk memiliki kasut itu.

2008 - Nike Hyperdunk "Mag"




Selepas hampir 20 tahun kemudian, sempena pelancaran kasut bola keranjang Hyperdunk pada tahun 2008, Nike mengeluarkan satu warna model Hyperdunk yang diinspirasikan oleh warna "Mag". Hyperdunk "McFly" dijual dalam kuantiti yang terhad dan dilancarkan di Los Angeles, dengan menampilkan Kobe Bryant yang datang dalam kereta "DeLorean" pada hari pelancaran itu.



Model Hyperdunk bukanlah satu-satunya model yang dikeluarkan dengan warna "Mag". Model lain seperti Nike SB, Zoom Tre AD dan Dunk Low, Hypermax, dan Hyperdunk 2011 juga bertemakan warna kelabu dan biru muda. Bezanya, model-model ini tidak direka dengan teknologi "power lacing" seperti Nike Air Mag.

2011 - Pelancaran Pertama Nike Mag


kasut masa depan

Diumumkan dalam sebuah acara di 21 Mercer Nike Sportswear New York City pada 8 September, Nike mengatakan rekaan Nike Air Mag akan menjadi realiti. Namun, keluaran ini bukanlah keluaran biasa kerana ketika itu, Mag hanya dikeluarkan sejumlah 1,510 pasang sahaja.

Dalam waktu yang sama, kesemua kasut itu hanya dijual secara eksklusif di eBay untuk mengumpul dana bagi pertubuhan Michael J. Fox bertujuan membantu pesakit yang menghidap penyakit Parkinson.

Disebabkan kejayaan kutipan dana itu, nilai sepasang Nike Mag melonjak menjadi sekurang-kurangnya US$2,500 (~RM10,490). Malah, ada yang menawarkan US$10,000 (~RM41,960) dalam acara lelongan itu.

https://www.youtube.com/watch?v=qU-okJIgafg&feature=youtu.be

Merujuk video di atas, Christopher Lloyd yang memainkan watak "Doc Brown" dalam filem Back to the Future, membuat kemunculan dalam iklan Nike Air MagPereka kasut, Tinker Hatfield juga turut ada dalam video itu dan mengatakan Nike Air Mag dengan teknologi power lacing akan dikeluarkan pada tahun 2015.

Namun, pada tahun 2015, dikhabarkan hanya sepasang Nike Mag - berteknologi power lace - sahaja yang dikeluarkan dan telah diberikan kepada Michael J. Fox. Secara khas, beliau telah memakai kasut itu semasa menjadi tetamu jemputan dalam rancangan Jimmy Kimmel Live pada 21 Oktober 2015.

https://www.youtube.com/watch?v=F1Kazbz_3Hw

2016 - Nike Air Mag Akhirnya Dilancarkan Kepada Umum


Melalui surat bertulis dari Tinker Hatfield kepada Michael J. Fox pada 21 Oktober, akhirnya Nike Air Mag dengan teknologi power lace akan dikeluarkan secara rasmi pada tahun 2016.

https://twitter.com/realmikefox/status/656895622201655296