Urutan Sebenar Rangkaian Filem 'Fast And Furious'

fast and furious

Jika anda adalah peminat filem aksi "Fast and Furious", pastinya anda tidak sabar untuk menonton sekuel terbaru mereka iaitu "Fast and Furious 9". Namun, adakah anda telah menonton filem-filem Fast and Furious sebelum ini dalam urutan yang betul? Di sini, anda akan mengetahui urutan sebenar rangkaian filem Fast and Furious sebagai persiapan untuk menyaksikan Fast and Furious 9 nanti.

1. The Fast and the Furious (2001)


https://www.youtube.com/watch?v=ZsJz2TJAPjw

Filem pembukaan francais Fast and Furious ini bermula dengan seorang pegawai polis penyamar, Brian dan cubaannya untuk menyusup masuk kumpulan bekas banduan Dom.

Namun sebaliknya yang berlaku, apabila Brian terpengaruh dengan sikap "ride or die" Dom. Disebabkan itu, mereka mula menghabiskan masa bersama. Ketika ini, tidak ramai menyangka filem aksi ini bakal menjadi salah satu francais filem terlaris sepanjang zaman.

2. Turbo-Charged Prelude (2003)


https://youtu.be/NmZ5JrO4xdU

Turbo-Charged Prelude merupakan filem pendek yang merapatkan jurang filem pertama dan kedua Fast and Furious. Dikeluarkan dalam DVD 2 Fast 2 Furious, anda kini boleh menonton di YouTube, dan dapat melihat bagaimana Brian ditangkap oleh LAPD kerana telah melepaskan Dom.

Filem ini juga menerangkan bagaimana Brian mula terjebak sebagai "raja jalanan" dalam masa yang singkat sekaligus menjadi lelaki yang dikehendaki.

3. 2 Fast 2 Furious (2003)


https://www.youtube.com/watch?v=ZZGkV_xWGw4

Walaupun dianggap sebagai filem yang paling teruk dalam francais, 2 Fast 2 Furious tetap mempunyai detik-detik menarik seperti kemunculan watak Roman dan Tej.

Watak Brian dalam filem ini benar-benar menonjol disebabkan ketiadaan Dom. Ya, 2 Fast 2 Furious adalah satu-satunya filem yang tidak menampilkan Vin Diesel. Walaupun begitu, pihak produksi masih berjaya menghubungkan 2 Fast 2 Furious dengan filem-filem seterusnya.

4. Los Bandoleros (2009)


https://youtu.be/LekblzaaJ4s

Filem pendek kedua ini juga dikeluarkan dalam bentuk DVD sebelum kembalinya watak Dom dalam siri Fast & Furious. Los Bandoleros juga memperkenalkan watak-watak baru seperti Han, Rico, dan Tego.

Filem ini mengisahkan apa yang dilakukan oleh Dom di Republik Dominika dan bagaimana Dom menghidupkan kembali hubungannya dengan Letty. Anda boleh saksikan Los Bandoleros melalui video di atas.

5. Fast & Furious 4 (2009)


https://www.youtube.com/watch?v=YXZjANEY6bA

 

Fast & Furious 4 sebenarnya adalah filem kelima dalam urutan siri Fast & Furious. Di sini, anda dapat melihat semula persahabatan dan keakraban antara Dom dan Brian setelah ketiadaan Dom di filem sebelumnya.

6. Fast Five (2011)


https://www.youtube.com/watch?v=vcn2GOuZCKI

Filem Fast Five dikhabarkan menjadi penyebab ramai orang mula meminati dan mengikuti siri Fast & Furious. Menampilkan aksi perlumbaan jalanan dan aksi merompak yang luar biasa, kemunculan Dwayne Johnson dalam Fast Five juga menarik perhatian penggemar filem aksi.

7. Fast & Furious 6 (2013)


https://www.youtube.com/watch?v=C_puVuHoR6o

Setelah berjaya melepasi jangkaan orang ramai dalam Fast Five, pihak francais Fast & Furious berjaya melakukannya lagi dengan adegan-adegan aksi yang lebih mencabar dalam Fast & Furious 6. Letty juga kembali setelah tidak muncul dalam filem sebelumnya dan pastinya kemunculan The Stath dalam pasca kredit telah mengejutkan ramai penonton.

8. The Fast and the Furious: Tokyo Drift (2006)


https://www.youtube.com/watch?v=p8HQ2JLlc4E

Sinilah bermulanya kekeliruan bagi ramai pihak. Siri Tokyo Drift ini adalah filem ketiga yang dikeluarkan dari francais Fast & Furious, namun secara kronologi, ia sebenarnya adalah filem keenam. Filem keenam ini lebih memfokuskan kepada watak yang bernama Sean berbanding Dom dan Brian.

Menariknya, pihak produksi filem ini telah menjadikan klimaks Tokyo Drift sebagai plot penting untuk sekuel yang muncul sembilan tahun kemudian.

9. Furious 7 (2015)


https://www.youtube.com/watch?v=Skpu5HaVkOc

Dalam Furious 7, Dom dan rakan-rakannya berdepan dengan masalah terbesar mereka iaitu Jason Statham yang berlakon sebagai Deckard Shaw. Filem ini juga menandakan kehilangan bintang utama Fast & Furious, iaitu Paul Walker. Ia dapat dilihat melalui babak akhir Furious 7 dan telah berjaya menjadi salah satu filem terlaris sepanjang zaman.

10. The Fate of the Furious (Fast & Furious 8) (2017)


https://www.youtube.com/watch?v=JwMKRevYa_M

Dengan persaraan Brian dan Mia, Dom terpaksa mengkhianati keluarganya setelah diugut oleh Cipher untuk kembali bekerja dengannya. Di samping itu, Deckard Shaw dipaksa untuk bekerjasama dengan Hobbs dan pasukannya untuk mencari Dom dan menjatuhkan Cipher sekaligus menyelamatkan dunia.

11. Fast & Furious: Hobbs & Shaw (2019)


https://www.youtube.com/watch?v=9SA7FaKxZVI

Filem terbaru yang telah dikeluarkan oleh francais Fast & Furious ini memfokuskan Hobbs dan Shaw yang terpaksa bekerjasama sekali lagi untuk menjatuhkan Brixton yang mengancam untuk menukar sistem semula jadi kemanusiaan selama-lamanya.

Ada juga penglibatan keluarga di mana adik Shaw, Hattie mengikuti perjuangan mereka, bersama-sama dengan keluarga besar Hobbs di Samoa, dalam misi mereka untuk sekali lagi menyelamatkan dunia.

12. Fast and Furious 9 (2021)


https://www.youtube.com/watch?v=_qyw6LC5pnE

Setelah sekian lama menghadapi pelbagai konflik, Dominic Torreto dan keluarganya kali ini terpaksa menghadapi adik Dom, Jakob, seorang pembunuh upahan yang bekerja dengan musuh lama mereka, Cipher.

Nantikan sekuel terbaru Fast and Furious 9 yang akan ditayangkan pada April 2021.

Sumber: Insider & Digital Spy

Baca lagi: Filem-filem Yang Ditangguhkan Disebabkan ‘Coronavirus’