Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Demi Teknologi Hijau, Hutan Orang Asli Di Indonesia Diancam Kemusnahan

NGO Bimbang Projek Bateri EV Oleh CATL Akan Rosakkan Pulau Halmahera

Diterbitkan Jun 30, 2025 ยท Dikemas kini Jun 30, 2025 oleh ariff bukhari

Aktivis alam sekitar menyuarakan kebimbangan mereka terhadap projek mega bernilai $6 bilion untuk membangunkan bateri kenderaan elektrik (EV) di Pulau Halmahera, Indonesia.

Projek ini melibatkan CATL iaitu syarikat gergasi pengeluar bateri EV dari China, Zhejiang Huayou Cobalt serta syarikat milik kerajaan Indonesia, PT Antam.

Projek tersebut dijangka dirasmikan oleh Presiden Prabowo Subianto yangakan meliputi keseluruhan rantaian proses produksi, dari perlombongan nikel hinggalah pengeluaran katod.

Walau bagaimanapun, NGO seperti Climate Rights International (CRI) dan Greenpeace Indonesia memberi amaran bahawa disebalik projek mega itu, tiada jaminan diberikan berkaitan perlindungan alam sekitar dan hak ke atas komuniti tempatan.

Mereka menyeru kerajaan dan syarikat terlibat untuk menghentikan projek itu sementara bagi menilai kesannya secara menyeluruh.

Lokasi kilang itu terletak berhampiran dengan kawasan industri besar Weda Bay, yang sudah sedia terkenal dengan masalah pencemaran dan penebangan hutan.

Greenpeace menegaskan bahawa pembangunan EV tidak harus mengorbankan alam sekitar dan masyarakat terpinggir seperti suku nomad Hongana Manyawa, yang kini berdepan ancaman kehilangan tanah adat akibat operasi perlombongan.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • ASUS Tawar Diskaun 'Laptop Gaming' Sampai RM1,000, Tapi Hanya Selama 9 Hari
  • Trump Dakwa Sudah Ada Pembeli Yang 'Sangat Kaya' Untuk Membeli TikTok

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY