Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
New Zealand Sedang Berdepan Krisis Peningkatan Paras Air Laut Luar Jangka

New Zealand Sedang Berdepan Krisis Peningkatan Paras Air Laut Luar Jangka

Diterbitkan Mei 3, 2022 · Dikemas kini Mei 3, 2022 oleh ariff bukhari

New Zealand dilaporkan kini sedang berdepan krisis peningkatan paras air laut luar jangka daripada apa yang diramalkan sebelum ini.

Nerdasarkan kepada statistik data penyelidikan, 2 bandar terbesar di negara itu iaitu Auckland dan Wellington akan melihat peningkatan paras air laut sehingga 30cm hanya dalam tempoh sekitar 10 hingga 20 tahun akan datang.

Malah menjelang tahun 2060 nanti, beberapa lokasi di negara itu akan melihat peningkatan paras air laut mencecah sehingga 1 meter.

air laut new zealand
Carta menunjukkan peningkatan paras air laut dibeberapa lokasi di New Zealand sejak dari tahun 1891 hingga 2021. Sumber: NZ Annual Sea Level Rise

Dapatan data itu hasil penyelidikan yang dijalankan oleh 2 saintis bernama Richard Levy dan Tim Naish yang merupakan profesor di Universiti Victoria di Wellington telah membangunkan sebuah laman sesawang khas bagi tujuan pemantauan dan info semasa untuk penduduk yang terjejas.

Penyelidik menyatakan bahawa mereka sedar akan peningkatan paras air laut yang berlaku cuma ia berlaku dalam masa yang sangat pantas, jauh beza daripada apa yang diramalkan mereka sebelum ini.

Peningkatan paras air laut itu dijangka akan mengakibatkan kerosakan jalan raya, hartanah dan lain-lain akibat ditenggelami air.

Saintis seluruh dunia semakin bimbang kerana dunia sedang berdepan peningkatan paras air laut ketara yang berpunca daripada pencairan glasier dan lapisan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan akibat daripada pemanasan global.

Sumber: Newshub

Baca juga:

  • 5G: Hanya Dua Syarikat Setuju Miliki Pegangan Dalam DNB Setakat Ini
  • Nak Buang Aplikasi MySejahtera? Eh, Nanti Dulu
  • Cara Lihat CCTV Lebuhraya PLUS, LPT Dan Lain-Lain 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY