Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tawar Kandungan Netflix Dari Semua Negara, Aplikasi Ini Sebarkan Perisian Hasad Melalui WhatsApp

Netflix Sedar Semakin Rugi, Mereka Bertindak Buang 150 Pekerja

Diterbitkan Mei 23, 2022 oleh ariff bukhari

Gergasi platfom penstriman video, Netflix dilaporkan telah membuang lagi seramai 150 pekerja mereka pada hari Selasa minggu lalu.

Menurut jurucakap Netflix, sebahagian besar pekerja yang dibuang itu berpangkalan di Amerika Syarikat.

Tambah jurucakap itu lagi, pembuangan pekerja itu bukan kerana isu prestasi pekerja, tetapi sebagai langkah bagi menyelamatkan perniagaan syarikat yang semakin sukar,

Keadaaan ini sekaligus membuatkan pekerja Netflix berat hati untuk meninggalkan syarikat serta rakan sekerja mereka yang lain.

Pembuangan pekerja Netflix ini  bukanlah kali pertama berlaku kerana sebelum ini mereka pernah membuang pekerja mereka di unit promosi filem dan rancangan tv.

Sebelum ini telah dilaporkan tentang bilangan pelanggan Netflix yang semakin berkurangan.

Menurut laporan dari Antenna, 13% daripada pelanggan yang membatalkan langganan Netflix mereka pada suku pertama 2022 ini telah menjadi pelanggan selama lebih daripada tiga tahun.

Netflix telah mengesahkan perancangan mereka untuk mengurangkan harga langganan dengan melancarkan pelan baharu yang disokong iklan.

Sumber:  NPR

Baca juga:

  • Netflix Sengsara, Lebih Banyak Kehilangan Pelanggan Jangka Panjang
  • Netflix Dikhabarkan Akan Wujudkan Iklan Hujung Tahun Ini
  • Walaupun Catat Kerugian, Netflix Mahu Lancar 30 Permainan Lagi Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY