Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ikut Jejak Langkah Yang Lain, Netflix Hentikan Perkhidmatan Di Rusia

Netflix Merancang Perkenal Rancangan Berbentuk ‘Live Streaming’

Diterbitkan Mei 15, 2022 · Dikemas kini Mei 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sejak beberapa minggu lalu, pengguna dari seluruh dunia meluahkan pelbagai reaksi berkenaan pengumuman Netflix yang bersedia memasukkan iklan untuk menyediakan langganan lebih murah.

Terbaru, penyedia perkhidmatan penstriman ini juga sedang merancang untuk mencipta kandungan berbentuk live streaming atau siaran langsung, menurut laporan daripada Deadline.

Ia akan menjadi kali pertama dilakukan oleh syarikat tersebut memandangkan kandungan eksklusif mereka sebelum ini hanya terhad kepada siri, filem dan seumpamanya.

Antara bentuk rancangan yang disiarkan secara langsung mungkin termasuk komedi stand-up, pertandingan yang memerlukan undian penonton, rancangan tanpa skrip, reunion dan pelbagai lagi.

Kalau siaran TV tempatan, kandungan live streaming ini seperti rancangan realiti Akademi Fantasia, Gegarvaganza di mana ia disiarkan pada waktu yang sama ia dilangsungkan.

Untuk kandungan sukan pula seperti Premier League, F1, Deadline percaya ia tidak termasuk dalam perancangan Netflix.

Apa-apapun, rancangan ini masih di peringkat awal jadi mustahil dilancarkan dalam masa terdekat.

Disney+ terdahulu telah mula menawarkan perkhidmatan seumpamanya dengan menayangkan Academy Awards secara langsung di mana dalam acara yang sama Chris Rock dilempang oleh Will Smith.

Baca juga:

  • Netflix Dikhabarkan Akan Wujudkan Iklan Hujung Tahun Ini
  • Walaupun Catat Kerugian, Netflix Mahu Lancar 30 Permainan Lagi Tahun Ini
  • 5 Sebab Kenapa Saham Netflix Jatuh Menjunam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY