Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Kini Guna AI Generatif Untuk Hasilkan VFX Hebat Lebih Pantas

Netflix Kini Guna AI Generatif Untuk Hasilkan VFX Hebat Lebih Pantas

Diterbitkan Julai 21, 2025 · Dikemas kini Julai 21, 2025 oleh ariff bukhari

Sebagai salah satu cara untuk mempercepatkan produksi kesan khas visual (VFX) mereka, Netflix mendedahkan bahawa mereka kini menggunakan teknologi AI generatif berasaskan teks-ke-video.

Malah dengan memanfaatkan AI, mereka turut dapat menjimatkan kos VFX dalam penghasilan kandungan mereka kerana proses itu dapat dipercepatkan.

Perkara itu didedahkan co-CEO Netflix ,Ted Sarandos dalam pembentangan pendapatan syarikat itu minggu lalu dengan memberi contoh dari siri The Eternauta.

“Dan tahun ini, kami hadir dengan El Eternauta — sebuah rancangan hit besar dari Argentina. Dalam produksi tersebut, kami menggunakan teknologi produksi maya dan VFX berkuasa AI. Terdapat satu babak dalam rancangan itu di mana pencipta ingin memaparkan bangunan runtuh di Buenos Aires. Jadi pasukan Eyeline kami bekerjasama rapat dengan pasukan kreatif mereka. Dengan menggunakan alat berasaskan AI, mereka berjaya menghasilkan kesan visual yang menakjubkan dalam masa yang sangat pantas — malah babak VFX itu disiapkan 10 kali lebih cepat berbanding jika menggunakan alat dan aliran kerja VFX tradisional.”

Sarandos menegaskan bahawa AI bukan untuk menggantikan manusia, tetapi sebagai alat bantu untuk mempercepat dan meningkatkan kualiti karya kreatif.

Bukan Netflix sahaja mula memanfaatkan AI dalam produksi mereka.

Pengarah filem terkenal, James Cameron (Avatar, Terminator 2: Judgment Day) turut menyokong penggunaan AI dalam produksi filem kerana ia mempercepat kerja dan membolehkan artis fokus pada aspek kreatif yang lain ketika bercakap dalam Podcast bersama Meta.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • 2 Kemenangan Ini Buktikan Bahawa Manusia Lebih Hebat Dari AI
  • China Lancar Robot Humanoid Pertama Di Dunia Boleh Tukar Bateri Sendiri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY