Pada hari Rabu yang lepas, seorang pegawai eksekutif Netflix, Neil Hunt memberitahu kepada wartawan bahawa syarikat tersebut sedang bercadang untuk menawarkan lebih banyak kandungan dalam bentuk HDR yang lebih berkualiti untuk platform mudah alih. Mereka percaya bahawa trend tontonan dalam format HDR sedang berkembang dalam industri peranti mudah alih.
Melalui format HDR, paparan yang ditontonkan akan memberikan butiran warna yang lebih tajam dan jelas berbanding dalam format HD. Pada tahun ini juga kita telah menyaksikan beberapa peranti mudah alih yang hadir bersama sokongan HDR10 dan Dolby Vison HDR seperti LG G6 dan Galaxy Tab S3.
Selain daripada penambahbaikkan terhadap kualiti video, Netflix juga telah menyatakan hasrat mereka untuk membawa sokongan video yang khusus untuk peranti mudah alih. Makdusnya mereka mahu menawarkan salinan original sesebuah filem yang sudah diproses bersesuaian untuk platform peranti mudah alih. Netflix turut yang pada ketika ini lebih ramai pengguna bergantung kepada peranti mudah alih mereka berbanding TV atau PC.
Sumber
Berkaitan
- Dark, Siri TV Netflix Yang Menguji Minda Penonton
- Siri "Live Action" One Piece Didakwa Telah Tersenarai Di Netflix
- Senarai Filem Baru Yang Boleh Ditonton DiNetflix Minggu Ini
- Xiaomi Buat Kejutan, Apple vs Netflix, Facebook Bermasalah, Realme 3 Masuk Malaysia
- Netflix Kini Dengan Sokongan Dolby Atmos
- Apple Didakwa Akan Lancarkan Perkhidmatan Penstriman Video Pada 25 Mac Ini Bagi Mencabar Netflix
- FINAS Gesa Kerajaan Pantau Netflix- Rupanya Ada Udang Disebalik Batu
- EPL Bakal Membawakan Servis Penstriman Seperti Netflix
- Tayangan The Punisher, Jessica Jones Di Netflix Sah Dihentikan
- Netflix Memperkenalkan Sokongan Muat-Turun Dan Tonton Secara Offline