Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FINAS Gesa Kerajaan Pantau Netflix- Rupanya Ada Udang Disebalik Batu

FINAS Gesa Kerajaan Pantau Netflix- Rupanya Ada Udang Disebalik Batu

Diterbitkan November 18, 2019 ยท Dikemas kini November 19, 2019 oleh Haikel Areff

Baru-baru ini pihak FINAS, menyuarakan pendapat dan menggesa kerajaan untuk memantau dan menyelia kandungan yang ditawarkan oleh servis penstriman digital seperti Netflix.

Isu ini disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham. Menurutnya, kenyataan tersebut dibuat selepas menerima keluhan dari ibubapa tentang kandungan yang tidak bertapis.

“Walaupun, penapisan bukan dibawah bidang kuasa FINAS, tetapi kita memandang serius kepada isi kandungan berkenaan yang boleh memberi kesan negatif jika tidak dipantau dari sekarang.

Kita mengambil pendekatan untuk mengawal kandungan filem dan rancangan televisyen tempatan tetapi di peringkat antarabangsa masih lagi terbuka.”

Kenyataan dari Ahmad Isham terus mendapat perhatian netizen yang kebanyakkannya mencemuh tindakan yang diambil oleh Ahmad Idham.

Screenshot 2019-11-18 at 12.15.47 PM

Screenshot 2019-11-18 at 12.17.38 PM

 

Netflix selepas itu memberi kenyataan balas terhadap isu yang disuarakan oleh FINAS dan bersedia untuk menambah butang ‘skip sex’ dimana pengguna diberi pilihan untuk melangkau ke babak seterusnya. Sebelum ini Netflix juga turut diperbahaskan kerana kandungan yang ditawarkan mempunyai unsur LGBT.

“Finas sentiasa akan mencari jalan terbaik untuk memperkasakan kandungan tempatan”

FINAS Gesa Kerajaan Pantau Netflix- Rupanya Ada Udang Disebalik Batu

Harini pula tular di Twitter apabila satu gambar yang telah dimuatnaik pada September lepas menunjukkan terdapat kerjasama antara FINAS dan Aflix sebelum ini. Gambar ini telah mengundang kecaman dari pelbagai sudut yang mendakwa FINAS sengaja memburukkan Netflix untuk memberi ruang kepada Aflix.

Screenshot 2019-11-18 at 1.40.13 PM Screenshot 2019-11-18 at 1.40.27 PM

Ramai netizen melontarkan rasa tidak puas hati terhadap isu yang dibangkitkan oleh FINAS. Netflix merupakan satu servis berbayar, dan tiada paksaan dibuat kepada golongan ibubapa terutamanya untuk melanggan servis Netflix. Malah, di dalamnya turut dimuatkan dengan fungsi Parental Control dimana ia akan menapis kandungan yang lebih bersesuaian kepada kanak-kanak.

Ramai juga yang berkata sekatan terhadap servis internasional disengajakan semata-mata untuk memberi ruang kepada servis penstriman tempatan adalah tidak masuk akal. Karya-karya tempatan yang tidak bermoral hasil arahan dan penerbitan Ahmad Idham juga turut menjadi bahan perbualan

Screenshot 2019-11-18 at 1.50.24 PM

Tetapi pada pandangan saya sejujurnya, ini hanyalah strategi pemasaran Aflix semata-mata. Bak kata orang, publisiti murahan tetap publisiti dan kini ramai yang sudah mengenali Aflix.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY