Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
menara alor setar 5g

Negeri-Negeri Utara Semenanjung Malaysia Dijangka Lebih Panas – MET Malaysia

Diterbitkan Mac 10, 2023 · Dikemas kini Mac 10, 2023 oleh ariff bukhari

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini menerusi ramalan cuaca signifikan mereka memaklumkan, berdasarkan analisis model-model cuaca sehingga 16 Mac 2023, mereka menjangkakan keadaan cuaca di Semenanjung akan alami kurang hujan.

Sehubungan dengan itu,MET Malaysia menyatakan suhu dijangka akan menjadi lebih panas dari kebiasaan khususnya di negeri-negeri utara Semenanjung.

Namun begitu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka masih boleh berlaku di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, Sabah serta Sarawak pada sebelah petang dan malam.

Malah amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan juga  berkuat kuasa pada 13 hingga 14 Mac 2023.

Sebentar tadi juga pihak MET Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir , hujan lebat dan angin kencang yang dijangka akan berlaku malam ini sehingga 1:00 pagi; Sabtu, 11 Mac 2023 di negeri-negeri berikut:-

  • Perak (Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar)
  • Kelantan (Gua Musang)
  • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut)
  • Selangor (Klang, Petaling dan Hulu Langat)
  • WP Kuala Lumpur
  • Sarawak: Kuching (Lundu dan Kuching), Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro)

Berkaitan

  • Menteri Rasmi Menu RAHMAH McDonalds's, Set Burger Dari RM5
  • Kerajaan Tidak Akan Layan Usaha Melobi Pelaksanaan 5G Di Media - Menteri
  • Kerajaan Sasar 80% Liputan 5G Menjelang Hujung Tahun Ini

Sumber: MET Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY