Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Aplikasi Ramalan Cuaca Yang Dapat Bantu Anda Ketika Musim Hujan

Negeri Di Utara Semenanjung Termasuk Kelantan Dan Terengganu Dijangka Terima Hujan Pada Paras Purata Sepanjang Jun Ini

Diterbitkan Jun 9, 2023 oleh ariff bukhari

Dalam laporan tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Jun hingga November 2023, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, negara sedang berada dalam musim Monsun Barat Daya (MBD) yang telah pun bermula pada 15 Mei 2023 yang  dijangka akan berakhir pada pertengahan September 2023 nanti.

Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami taburan hujan yang lebih rendah dengan bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.

Untuk bulan Jun 2023 MET Malaysia meramalkan, kebanyakan kawasan di Semenanjung akan menerima hujan
sedikit bawah purata antara 50mm hingga 150mm.

Tetapi bagi beberapa negeri yang terletak di utara Semenanjung termasuklah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak, Kelantan dan Terengganu dijangkakan menerima hujan pada paras purata iaitu antara 50mm hingga 300mm.

Di Sarawak juga kebanyakan bahagian dijangkakan menerima hujan pada paras purata iaitu antara 200mm hingga 300mm, kecuali di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Kapit yang dijangka menerima hujan sedikit bawah purata antara 100mm hingga 200mm.

Manakala Sabah dan W.P Labuan juga dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100mm hingga 350mm.

Tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Jun
Tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Jun

MET Malaysia menyatakan bahawa mereka akan sentiasa mengemaskini tinjauan cuaca sekiranya berlaku sebarang perubahan ketara terhadap tinjauan jangka panjang ini.

Berkaitan

  • Cara Mohon Salinan Sijil PMR, SPM Dan Lain-Lain Secara Dalam Talian
  • Machines Adakan 'Warehouse Clearance' Selama 3 Hari Berturut-Turut
  • Selain 'Warehouse Clearance', Ini Promosi Machines Yang Sedang Berlangsung Seluruh Negara
  • Dapatkan 'Game' Padat Aksi Berharga RM25.90 Ini Secara Percuma Sekarang

Sumber: MET Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
©2026 WISER.MY