Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
satelit roket india singapura

Negara Jiran Kita Lancar 3 Satelit Baru Untuk Penyelidikan, Bencana Dan Keselamatan

Diterbitkan Julai 5, 2022 · Dikemas kini Julai 5, 2022 oleh ariff bukhari

Pada 30 Jun lalu, negara jiran kita iaitu Singapura telah pun melancarkan sebanyak 3 buah satelit baharu dari Pusat Angkasa Satish Dhawan, Selatan India sekitar jam 6.00pm (8.30pm waktu Singapura).

Kemudian kesemua satelit itu berada di orbit sejauh 570km di atas Bumi sekitar jam 8.50pm.

Pelancaran 3 buah satelit itu ke orbit dibuat menerusi roket Kenderaan Pelancar Satelit Polar (PSLV) setinggi 44 meter.

2 Satelit yang dibangunkan oleh agensi dan firma Kerajaan Singapura itu berperanan dalam pelbagai perkara seperti meningkatkan keselamatan perairan negara itu, mengesan tumpahan minyak dan mengawasi bencana untuk bantuan kemanusiaan.

Satelit terberat adalah satelit DS-EO seberat 365kg yang dibangunkan oleh Agensi Pertahanan, Sains Dan Teknologi bersama ST Engineering.

Satelit kedua pula, NeuSAR seberat 160kg adalah satelit pertama dibangunkan Singapura yang dilengkapi dengan teknologi radar yang mampu merakam imej malam dan dalam cuaca buruk.

satelit neusar
Satelit Neusar. Kredit: DSO

Manakala sebuah lagi satelit kecil bernama SCOOB-I hanya seberat 3.1kg sahaja dibangunkan oleh sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologikal Nanyang (NTU), Singapura.

satelit scoob-010722
Pasukan pembangun satelit SCOOB-I dari Universiti Teknologikal Nanyang, Singapura. Kredit: NTU

Satelit SCOOB-I merupakan satelit penyelidikan ke-10 Singapura yang dilengkapi dengan beberapa inovasi dari NTU di mana ia juga adalah satelit pertama Singapura yang berupaya mengukur jumlah tenaga yang sampai ke Bumi dari Matahari.

Pelancaran 3 buah satelit itu menjadikan Singapura kini memiliki sebanyak 19 buah satelit ketika ini.

Singapura pertama kali melancarkan satelit mereka adalah dalam tahun 2011 dahulu.

Sumber: ISRO, DSO National Laboratories,  The New Paper, PSLV-C53/DS-EO, NTU Singapore, The Straits Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY