Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Industri Semikonduktor China Perlu Dipertingkatkan Dengan Segera” – Pengerusi Tencent

NASA Tuduh China Cuba ‘Jajah’ Bulan Dan Curi Idea Serta Teknologi Dari Pihak Lain

Diterbitkan Julai 6, 2022 oleh ariff bukhari

China menafikan tuduhan tidak bertanggungjawab yang dilemparkan ke atas mereka oleh Agensi Angkasa Kebangsaan (NASA) selepas mereka dituduh cuba ‘menjajah’ bulan.

Tuduhan itu dibuat oleh Pentadbir NASA bernama Bill Nelson ketika bercakap kepada surat khabar Bild menerusi temu duga yang diterbitkan akhbar tersebut Sabtu lalu.

“Kita mesti sangat bimbang dengan China untuk mendarat di Bulan kemudian mereka berkata: ‘Ini milik kami sekarang dan kamu sila keluar’,” Bill Nelson, Pentadbir NASA.

Tidak setakat itu, Agensi Angkasa AS itu juga menuduh program angkasa China adalah satu program ketenteraan dan mencuri idea serta teknologi dari pihak lain.

Respon terhadap tuduhan itu, China menerusi jurucakap Kementerian Luar nya berkata, tuduhan tidak bertanggungjawab seperti ini bukanlah kali pertama dilemparkan NASA terhadap mereka.

“AS sentiasa mereka-reka cerita memburukkan China atas usaha mereka dalam penjelajahan angkasa lepas dengan itu China bertegas menafikan tuduhan seperti itu”. Zhao Lijian, jurucakap Kementerian Luar China.

China sebelum ini memaklumkan mereka akan menjalankan misi tanpa krew ke kutub selatan Bulan dalam dekad ini.

Manaka AS pula di bawah program Artemisnya merancang untuk menjalankan misi ke orbit Bulan mereka dalam tahun 2024 dan mendarat di Kutub Selatan Bulan pada tahun 2025 nanti.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
©2026 WISER.MY