Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
meteor hit

NASA Melaporkan Berlaku Letupan Meteor Hingga Gegarkan Bumi Pada Tahun Baru

Diterbitkan Januari 6, 2022 · Dikemas kini Januari 7, 2022 oleh ariff bukhari

Pada lewat petang tahun baru 2022 baru-baru ini telah dilaporkan penduduk di subbandar Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat telah terdengar satu letupan kuat sehingga menggegarkan rumah penduduk sekitar di kawasan tersebut.

Respon terhadap laporan itu, Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) telah mengesahkan bahawa misteri bunyi letupan itu adalah berpunca daripada letupan meteor yang berlaku di atas atmosfera bumi.

Letupan meteor itu berjaya dikesan oleh satelit cuaca NASA GOES-16 sekaligus mengesahkan insiden tersebut.

NASA menganggarkan, kekuatan letupan meteor yang dianggarkan seberat setengah tan dan bersaiz 1 meter itu adalah bersamaan dengan 30 tan bahan letupan TNT di mana ia meletup pada kelajuan 72,420.48 Kilometer/jam.

Malah NASA menyatakan, jika tidak kerana litupan awan yang tebal, letupan meteor itu boleh dilihat dengan mudah pada cuaca cerah kerana cahaya dari letupan itu adalah 100 kali lebih cerah daripada cahaya bulan penuh.

Insiden letupan meteor seperti ini bukanlah kali pertama berlaku.

Berdasarkan kepada laporan yang direkodkan oleh Sensor Kerajaan A.S dari tahun 1988 sehingga yang terbaru iaitu 1 Januari 2022, sudah sebanyak 885 insiden letupan meteor di atas atmosfera Bumi telah direkodkan.

nasa meteor

Letupan meteor paling kuat yang pernah direkodkan pula telah berlaku pada 15 Februari 2013 dahulu pada jam 3.20 pagi yang dikesan berlaku di Russia.

Kekuatan letupan meteor itu dianggarkan bersamaan dengan 440,000 tan bahan letupan TNT.

Akibat daripada insiden itu, ia telah menyebabkan kerosakan pada bangunan sehingga mencederakan lebih daripada 1000 orang penduduk sekitar kawasan tersebut.

Peristiwa itu juga telah berjaya dirakam dalam vieo.

Sumber: nasa,  CNET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY