Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Blue Ghost lunar lander receiving GNSS signals from Earth

NASA Berjaya Terima Isyarat GPS Di Bulan Sejauh 362,102 Km Dari Bumi

Diterbitkan Mac 7, 2025 · Dikemas kini Mac 7, 2025 oleh ariff bukhari

NASA dan Agensi Angkasa Itali mencipta sejarah pada 3 Mac 2025 apabila eksperimen Lunar GNSS Receiver (LuGRE) menjadi demonstrasi teknologi pertama yang berjaya menerima dan menjejak isyarat navigasi yang berpangkalan di Bumi dari permukaan Bulan.

Kejayaan LuGRE membuktikan bahawa isyarat daripada Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS) boleh diterima di Bulan, membuka peluang kepada misi Artemis NASA dan misi eksplorasi lain untuk menentukan kedudukan, kelajuan, serta masa secara tepat dan autonomi.

Ini langkah penting ke arah sistem navigasi canggih di Bulan dan Marikh.

Eksperimen ini bermula selepas pendaratan kapal angkasa Blue Ghost oleh Firefly Aerospace pada 2 Mac lepas yang membawa LuGRE ke Bulan.

Beberapa jam kemudian, LuGRE berjaya memperoleh isyarat navigasi GNSS buat pertama kalinya, pada jarak sekitar 225,000 batu (~362,102.4 kilometer) dari Bumi.

LuGRE juga memecahkan rekod dengan menerima isyarat GNSS pada altitud tertinggi semasa dalam perjalanan ke Bulan, mencapai sejauh 243,000 batu (~391,072.992 km) dari Bumi.

NASA Berjaya Terima Isyarat GPS Di Bulan Sejauh 362,102 Km Dari Bumi
Konsep artis mengenai muatan LuGRE di Blue Ghost dan tiga rekod utamanya semasa dalam perjalanan ke Bulan, dalam orbit lunar, dan di permukaan Bulan.

Kejayaan ini menunjukkan misi di ruang antara Bumi dan Bulan (cislunar) juga boleh menggunakan isyarat GNSS untuk navigasi tanpa bergantung sepenuhnya kepada operator manusia.

LuGRE merupakan hasil kerjasama antara NASA, Agensi Angkasa Itali, syarikat Qascom, serta Politecnico di Torino, di bawah seliaan Program SCaN NASA.

Projek ini adalah sebahagian daripada inisiatif Commercial Lunar Payload Services NASA.

Pencapaian ini merupakan langkah besar dalam teknologi navigasi dan eksplorasi angkasa lepas.

Dengan mendapatkan isyarat GPS di bulan, ia membuka peluang untuk misi-misi masa depan yang lebih tepat dalam penjelajahan dan pendaratan di bulan.

Pencapaian ini juga memperkukuh usaha NASA dalam membangunkan teknologi canggih untuk eksplorasi angkasa.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • 725 Benih Tanaman Malaysia Kini Disimpan Dalam 'Bilik Kebal Kiamat'
  • Semua Model EV BYD Kini Sokong Platform Pelancaran Dron DJI

Sumber: NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY