Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Dating

Nak Mulakan Facebook Dating? Sahkan Anda Umur 18 Dan Ke Atas Dahulu

Diterbitkan Disember 8, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Meta ingin memastikan setiap penggunanya menggunakan servis mereka mengikut usia yang bersesuaian.

Oleh disebabkan itu, pengguna perlu melalui proses pengesahan umur sebelum melibatkan diri mereka dalam Facebook Dating.

Berkaitan

  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tetapkan Avatar Sebagai Gambar Profil Dan 'Sticker'
  • Microsoft Akan Bawa Call of Duty Ke Nintendo Untuk 10 Tahun
  • Elon - Neuralink Akan Mula Ujian Klinikal Manusia Dalam 6 Bulan Lagi
  • Saintis Temui Lohong Hitam Misteri Hasilkan Cahaya Lebih Terang Dari Matahari
  • Apple Sekali Lagi Menerajui Perlindungan Data Pengguna, Perkenalkan 3 Ciri Baharu

Tujuan utama adalah untuk memastikan pengguna di bawah 18 tahun tidak mengakses apa-apa kandungan yang dikhususkan untuk pengguna dewasa sahaja.

Ini merupakan kolaborasi antara Meta dan Yoti, sebuah syarikat yang membuat pengesahan umur secara atas talian.

Cara Pengesahan Umur Berfungsi Di Facebook Dating

Terdapat dua cara untuk mengesahkan umur pengguna:

Video swafoto: Pengguna hanya perlu mengambil video swafoto mengikut arahan yang diberikan. Video itu kemudiannya akan dihantarkan kepada Yoti dalam bentuk gambar sahaja.

Muat Naik IC: Pengguna boleh memuat naik salinan kad pengenalan mereka untuk mengesahkan umur. Selesai sahaja muat naik, maklumat itu akan disulitkan dan disimpan dengan selamat.

Selepas pengesahan umur, pengguna boleh menentukan untuk berapa maklumat itu ingin disimpan.

Nak Mulakan Facebook Dating? Sahkan Anda Umur 18 Dan Ke Atas Dahulu Meta melakukan ujian tersebut bermula dari US terlebih dahulu dan dijangka akan diperluaskan pengesahannya di seluruh dunia.

Sumber: Meta

Gambar Utama: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY