Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MySejahtera Super App

MySejahtera Pantau Cacar Monyet Mulai Hari Ini

Diterbitkan Mei 27, 2022 · Dikemas kini Mei 27, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

MySejahtera yang tidak lagi diwajipkan semasa memasuki premis kini diumumkan akan hadir dengan ciri baharu dinamakan Health Alert bagi pengesanan cacar monyet (monkeypox) di Malaysia.

Khairy Jamaluddin berkata pengembara yang tiba dari negara berstatus endemik cacar monyet atau dari negara yang melaporkan wabak itu akan menerima Health Alert tersebut setiap hari selama 21 hari sebagai peringatan untuk membuat pemantauan kesihatan kendiri.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pula berkata setakat ini tiada kes cacar monyet dilaporkan di negara ini.

Tegasnya lagi, KKM tidak pernah melindungi sebarang maklumat berkaitan virus berkenaan daripada rakyat selain menasihatkan mereka yang demam dan mempunyai ruam di mulut supaya mendapat rawatan.

Sepatutnya sudah tersedia mulai hari ini, kami dapati ia masih tidak tersedia di MySejahtera namun ia mungkin dilepaskan secara berperingkat.

Selain kegusaran berkenaan cacar monyet, wabak Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) juga semakin merebak dalam kalangan penduduk tempatan.

Setakat 25 Mei, 57,510 kes HFMD dilaporkan di Malaysia dan anda juga boleh menyemaknya melalui MySejahtera.

Baca juga:

  • ‘Check-In’ MySejahtera Turun 98% Selepas Tidak Diwajibkan
  • MySejahtera Kini Boleh Kesan Penyakit HFMD
  • Nak Buang Aplikasi MySejahtera? Eh, Nanti Dulu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY