Peristiwa tersebut berlaku sekitar jam 1 pagi pada 31 Julai 2022. Ia dipercayai serpihan roket milik China.
Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), serpihan roket Long March 5B milik kerajaan China telah didapati melintasi ruang udara Malaysia dan dapat dilihat di kawasan sekitar Sarawak.

Kejadian itu disebut sebagai kemasukan semula (re-entry) yang menyaksikan serpihan roket telah terbakar semasa memasuki ruang udara bumi.
Sisa serpihan yang terbakar berkenaan telah direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu, menurut MYSA.
Sejak beberapa hari lalu lagi, pihak berkuasa antarabangsa telah meramal kejadian ini akan berlaku di beberapa lokasi seluruh dunia.
Long March 5B dilancarkan pada 24 Julai lalu untuk menghantar modul Wentian ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik China.
Pakar di pusat astrofizik dikendalikan Universiti Harvard dan Institusi Smithsonian, Jonathan McDowell berkata, pemacu roket itu kini mati dan di luar kawalan agensi angkasa China, lapor Astro Awani.
Sumber: MYSA, Astro Awani
Berkaitan
- Dalam Diam Tim Cook Buat Perjanjian Dengan China Pada 2016, Mungkin Lanjut Ke 2022
- Amerika Syarikat Halang Intel Tingkatkan Pengeluaran Cip di China
- Bekas Presiden China Meninggal Dunia, Xiaomi Tunda Pelancaran Hari Ini, Jenama Lain Ikut Sama
- Dapat Sambutan Di China, HONOR Magic4 Pro Akan Dilancar Di Malaysia Kelak
- Intel Mohon Maaf Pada Kerajaan China Berkaitan Isu Xinjiang
- Dipenjara Kerana 'Cipta' Bayi Kebal Penyakit, Saintis Dari China Kini Bebas
- Tesla Buka Kedai Baru Di Xinjiang Sejurus AS Gesa China Henti Genosid
- Sebanyak 80% Pengguna 5G Dunia Adalah Rakyat China
- Samsung Mula Edar Cip 3nm, Pelanggan Terawal Ialah Pelombong Kriptowang China
- China Wajibkan 'Influencer' Ada Kelayakan Bila Bercakap Tentang Bidang Profesional