Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nelayan Di Sabah Kini Guna Teknologi Angkasa Untuk Menangkap Ikan

Nelayan Di Sabah Kini Guna Teknologi Angkasa Untuk Menangkap Ikan

Diterbitkan Ogos 25, 2023 · Dikemas kini Ogos 25, 2023 oleh ariff bukhari

Pada majlis menandatangani dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan (KO-NELAYAN) Sabah yang telah berlangsung pada 18 Ogos 2023 lepas,  aplikasi pintar yang dinamakan sebagai Electronic – Sabah Mobile Artisanal Remote Technology (e-SMART) telah turut dilancarkan.

Aplikasi e-SMART itu dibangunkan oleh MYSA dengan menggunakan teknologi ‘remote sensing’ bagi mentransformasikan nelayan-nelayan berdaftar di Sabah dalam pengurusan aktiviti menangkap ikan dan operasi penangkapan ikan dengan lebih sistematik.

Penggunaan aplikasi ini juga akan dapat mengurangkan kos operasi kerana nelayan boleh mengesan lebih awal lokasi ikan sebelum menjejakinya menggunakan alat sistem kedudukan global (GPS).

Terdahulu, MoU yang dijalinkan bertujuan untuk memudahkan dan memantapkan perancangan, pengurusan dan pemantauan berkaitan dengan aktiviti menangkap ikan, perusahaan perikanan, akuakultur, ekonomi masyarakat nelayan, keselamatan nelayan dan kemajuan masyarakat nelayan secara khusus di perairan Negeri Sabah dengan lebih cekap dan berkesan.

Berkaitan

  • India Cipta Sejarah, Chandrayaan-3 Berjaya Mendarat Di Kutub Selatan Bulan
  • Ini 10 Peranti Apple iOS Paling 'Power' Setakat Julai 2023 - Antutu
  • Aplikasi Ini Bolehkan Anda Hantar Fail Daripada Android Ke macOS

Sumber: MYSA, Sabah Media

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY