Ikuti kami di media sosial

Trivia

myFreeview – Siaran TV Digital Percuma Dengan Resolusi Tinggi

Amalina Athman

Ditulis

pada

myFreeview

myFreeview adalah perkhidmatan siaran digital yang menawarkan semua saluran TV terestrial percuma dalam kualiti digital. Pada masa hadapan, ia akan disediakan dengan lebih banyak saluran dan perkhidmatan interaktif. Ia merupakan satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat.

Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan. Sistem penyiaran TV Digital ini menggantikan sistem penyiaran televisyen (TV) analog yang telah ditamatkan sepenuhnya. Negeri terakhir merupakan Sabah dan Sarawak yang sedia menutup siaran analog tersebut pada 31 Oktober tahun lalu.

myFreeview memberikan perkhidmatan lebih baik

Melalui myFreeview, anda dapat menikmati siaran tv digital beresolusi tinggi, audio berkualiti tinggi, tiada gangguan cuaca, kandungan interaktif dan ciri rakaman. Lebih banyak saluran pada masa akan datang secara percuma tanpa bayaran bulanan sepanjang hayat.

Program yang sedia ada tidak sebanyak perkhidmatan TV berbayar seperti Astro dan HyppTV. Namun, ia merupakan satu pilihan terbaik sekiranya anda tidak mahu terikat dengan pakej langganan.

Cara mendapatkan perkhidmatan myFreeview

Untuk menerima perkhidmatan myFreeview, anda mempunyai dua pilihan. Pilihan pertama, anda boleh mendapatkan set TV baharu yang mempunyai label atau cop DTTV dengan pengesahan SIRIM. Set TV ini telah dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner) atau dikenali sebagai IDTV (Integrated Digital Television) dan boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder DVB-T2.

Bagi pilihan kedua, anda memerlukan set TV yang mempunyai sambungan input AV, dekoder MYTV (DVB-T2) dan aerial UHF (Ultra High Frequency). Anda boleh mendapatkan dekoder MYTV secara dalam talian atau melalui wakil penjual yang sah. Bagi golongan B40 yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup, anda boleh menyemak kelayakan untuk menerima set Dekoder secara percuma.

Selepas pemasangan, anda boleh menikmati myFreeview yang mempunyai imej dan audio yang lebih jelas berbanding sistem penyiaran analog secara percuma.

Selain itu, buat anda yang telah mempunyai dekoder myFreeview dan IDTV, anda disarankan untuk menetapkan peranti tersebut dalam keadaan Standby Mode pada 4 dan 6 Februari ini. Ia bertujuan untuk proses penyusunan semula frekuensi yang melibatkan kawasan utara Selangor, Pahang Barat, Lembah Klang dan Selangor Timur.

Sumber: Forum Pengguna Komunikasi & Multimedia Malaysia, myFreeview, MYTV

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Tips Gajet

Perlukah Mengecas Bateri Peranti Pintar Sehingga 8 Jam Selepas Membelinya?

Avatar

Ditulis

pada

Bukan sahaja pembaca Wiser.my, malah ramai juga dalam kalangan rakan dan ahli keluarga yang turut mengajukan soalan yang sama. Penjagaan bateri dalam penggunaan gajet terutamanya peranti pintar kebiasaannya sangat dititik beratkan dalam kalangan pengguna. Ini adalah kerana ramai yang mahu memastikan peranti pintar yang dijaga mahu mencapai tempoh yang lama sebelum membeli model yang baharu.

Jawapan

Dengan itu, soalan yang biasa ditanya, “selepas membeli gajet, perlukah mengecasnya sehingga 8 jam lamanya untuk cas kali pertama?”. Untuk jawapan singkatnya TIDAK. Namun, jika anda mahukan penjelasan di sebaliknya, mungkin anda mahu membaca artikel ini sehingga habis.

Dakwaan mengecas peralatan gajet sehingga 8 jam lamanya ini adalah betul pada satu masa dahulu. Iaitu ketika bateri masih lagi menggunakan teknologi Nikel Kadmium (NiCad/NiCd). Sebagai perbandingan, bateri peranti pintar yang digunakan pada masa sekarang adalah Lithium-Ion (Li-On). Dahulu, bateri yang menggunakan teknologi NiCad tidak mempunyai cara untuk mengenal pasti sama ada bateri tersebut telah penuh atau tidak.

Bateri dengan label Ni-Cd yang merujuk kepada Nikel Kadmium.

Jadi disebabkan itu, ia dicas berjam-jam lamanya 8 malah hingga ke 12 jam untuk memastikan ia sentiasa penuh. Namun bukan itu sahaja. terdapat faktor lain mengapa ia dicas sebegitu lamanya.

Bateri yang menggunakan teknologi Nickel mempunyai masalah kesan memori. Ini bermakna bateri akan beroperasi berdasarkan jangka masa ia dicas dan dinyahcas. Sebagai contoh, jika bateri Nickel mula dicas pada tahap 40% dan dinyahcas ketika 89%, bateri akan beroperasi pada tempoh yang hanya singkat sahaja.

Hanya dengan pengecasan penuh sahaja boleh menyingkirkan masalah kesan memori ini.

Untuk mengelakkan masalah ini, bateri Nickel terpaksa dicas selama berjam-berjam untuk memastikan ia penuh sepanjang masa sebelum digunakan.

Selain itu, bateri Nickel juga mempunyai tahap nyahcas yang teruk iaitu sebanyak 10% sebulan berbanding 1-2% pada bateri Li-Ion. Ini membuatkan dalam jangka masa Panjang, kapasiti bateri akan merosot jauh menyebabkan penggunaan hayat bateri yang sangat singkat.

Tambahan lagi, bateri Li-Ion lebih nipis untuk dihasilkan berbanding dengan bateri Nickel.

Image result for li ion battery smartphone

Bateri Lithium Ion yang digunakan dalam peranti pintar masa kini.

Rumusan

Betul. Bateri perlu dicas sehingga 8 jam lamanya. Namun itu hanya ketika penggunaan bateri yang berasaskan Nickel. Disebabkan kesemua bateri peranti pintar sudah menggunakan teknologi yang berasaskan Lithium, ia tidak lagi beroperasi sepertimana teknologi Nickel lama.

Untuk masa sekarang, apa yang anda perlu tahu adalah bateri anda hanya perlu dicas jika ia tidak lagi penuh. Itu sahaja.

 

Teruskan Bacaan

Berita

Ini Merupakan Saiz MB Setiap Minit Rakaman Video 8K Samsung Galaxy S20

Avatar

Ditulis

pada

Galaxy S20, Galaxy S20+ dan S20 Ultra menyokong fungsi rakaman sehingga 8K. Saiz resolusi ini sangat besar sehinggakan pengguna boleh mengeluarkan gambar 33MP dari video itu.

Dengan saiz ini, ia menimbulkan pertanyaan kepada kebanyakan pengguna. Berapa banyakkah storan yang diambil oleh video rakaman 8K ini setiap minit?

Menurut Samsung, satu minit video 8K pada Galaxy S20 akan mengambil ruang storan sekitar 600MB. Dibandingkan dengan Galaxy S10+ yang merakam pada resolusi 4K, ia mengambil ruang 340 ke 350 MB.

Walau pun video 8K mempunyai 4 kali ganda bilangan pixel berbanding 4k, ruang yang digunakan hanyalah 600MB setiap minit sahaja. Dengan rakaman video 8K, peranti memerlukan kuasa pemprosesan yang banyak, jadi sebab itulah Samsung hanya mengehadkan rakaman 8K maksimum 5 minit sahaja.

Pada Galaxy S20, rakaman 8K adalah maksimum 30 fps, dan tidak mampu lagi mencapai 8K 60fps. Ini merupakan limitasi kuasa cip pemprosesan mudah alih sekarang dan mungkin beberapa tahun akan datang kuasa merakam video akan lebih tinggi dengan cip yang lebih berkuasa.

Sumber: SamMobile

Teruskan Bacaan

Berita

Cara Muat Turun Gambar Pemandangan Menakjubkan Google Earth

Avatar

Ditulis

pada

Dalam simpanan Google Earth View, Google telah berkongsi beratus jumlah gambar pemandangan Bumi yang sangat cantik. Gambar ini menunjukkan pemandangan dari satelit yang membuatkan pengunjung melihatnya seakan dari mata burung.

Hari ini, syarikat itu telah menambah lagi lebih dari 1000 gambar dalam galeri tersebut menjadikan jumlah keseluruhan gambar kepada 2500. Menurut Google gambar yang terbaru ini telah dioptimasikan untuk skrin. Ia memaparkan warna yang lebih terang, terperinci, serta mempunyai resolusi sehingga 4K.

Cara muat turun

Cara memuat turun gambar latar belakang Google Earth senang sahaja

  • Pergi ke Earth View Collection dalam laman Google Earth.
  • Anda akan dibawa terus ke satu imej penuh satu pemandangan rawak.

  • Gerakkan tetikus ke bahagian kanan atas kandungan laman dan klik pada Download Wallpaper.
  • Anda juga boleh klik kanan tetikus sehingga keluar pilihan menu “Save image as…”.

  • Anda boleh klik kiri atau kanan untuk memilih imej pemandangan rawak yang disukai. Atau tekan sahaja butang “arrow” pada papan kekunci anda.
  • Tekan butang “show map” untuk melihat keseluruhan peta seluruh dunia. Anda juga boleh melaraskan carian warna spesifik mengikut keinginan anda.

Selamat mencuba!

Teruskan Bacaan

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular