Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MYEG Bakal Bawa Masuk Sistem Pengesanan Covid Guna Pernafasan

MYEG Bakal Bawa Masuk Sistem Pengesanan Covid Guna Pernafasan

Diterbitkan Mei 25, 2021 · Dikemas kini Mei 25, 2021 oleh Wiser MY

Semalam syarikat penyedia perkhidmatan MYEG umum telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama Breathonix Pte. Ltd. Singapore untuk membawa masuk sistem ujian pernafasan pantas ke Malaysia.

Sistem ujian pernafasan Breathonix dikatakan tepat dan tidak invasif serta sesuai untuk digunakan untuk pemeriksaan skala besar di lokasi ramai penduduk.

Dalam kata lain, ujian ini lebih murah dan boleh menghasilkan keputusan lebih cepat berbanding ujian RT-PCR.

Menariknya, proses ujian pernafasan ini juga dikatakan lebih mudah dan hanya perlu dipantau kakitangan terlatih sahaja. Selain itu, ia juga telah menjalani ujian klinikal di Singapore dan Dubai sepanjang Jun 2020 sehingga April 2021.

Baca juga – Pendaftaran Vaksin AstraZeneca Akan Dibuka Tidak Lama Lagi

Sejajar dengan tandatangan MOU pada 21 Mei, MYEG akan memohon kelulusan untuk ujian pernafasan ini disediakan di Malaysia secara komersial.

MYEG juga akan menjadi rakan pengedar eksklusif Breathonix untuk menjalankan pemasaran teknologi dan sistem ini di Malaysia.

Sumber: siaran akhbar MYEG

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY