Melalui penawaran ini, pengguna akan menikmati pengalaman lebih mudah dimana hanya dengan satu log masuk ke MyDigi, langganan mana-mana perkhidmatan yang disediakan dapat dibuat dengan mudah. Perkhidmatan dikategorikan kepada 4 bahagian iaitu hiburan, produktiviti, pembelajaran serta gaya hidup. Menyenangkan lagi pengguna adalah bayaran langganan dalam satu bil yakni menerusi bil telefon atau kredit pra-bayar.
Buat masa sekarang, sebanyak 30 penyedia perkhidmatan terdiri dari dalam dan luar negara tersedia untuk dilanggan iaitu Atom $ the Dot, Boxsome, Berita Harian, Busuu, CallerTunes, Classrum, Deezer, Dengue Cover+, Dimsum, EasyStore, FullAMark, Harian Metro, Hopster, Ibadat, iflix, Kaspersky, MUBI DEKHOI, MUBI SINEMA, NST Digital, Office 365, Spuul, The Edge, dan Viu. Rakan kongsi lain seperti Amazon Prime Video, Didi & Friends, kidxy, LILIN+CO, Me Book Asia, Ookbeem, TILLATA dan VEATIVE bakal menyusul kemudian.
MyDigi Subcriptions juga tidak terhad untuk pengguna Digi sahaja dimana jika anda bukan pengguna telco ini, platform ini boleh diakses menerusi laman EasyAdd yang mana bayaran dilakukan melalui kad kredit atau debit.
Bersempena dengan pelancaran ini juga, pelanggan berpeluang untuk menikmati perkhidmatan terpilih secara percuma yang bermula hari ini sehingga hujung bulan November 2019.
Berkaitan
- Digi Tawar Dua Unit OPPO Find X Edisi Lamborghini Untuk Pengguna Aplikasi MyDigi Yang Bertuah
- Beberapa Pengedar Dikatakan Memboikot Produk Digi
- Digi Janjikan Liputan Isyarat Yang Lebih Baik Dengan Pengaktifan Jalur Spektrum 900MHz
- Dapatkan Vivo V15 Pro Serendah RM22 Sebulan Dengan Pelan Digi
- Android Sebenarnya Dibangunkan Untuk Kamera Digital, Bukan Telefon Pintar
- Digi Juara Internet 2022, Anda Boleh Dapat Internet Percuma Dan Baucar Petrol
- Digi Beri Internet Tanpa Had Sempena Bulan Kemerdekaan
- Cungkil Bakat Pelajar Dalam Bidang Teknologi Digital - Gobind
- Mara Digital Akan Dibuka Di Johor Dan Melaka Mulai Tahun Hadapan
- Digi Home Fibre Mula Ditawarkan Pada Beberapa Kawasan Di Selangor