#MWC2019 Nubia Alpha - Jam Tangan Pintar Yang Boleh Menangkap Swafoto Kini Dilancarkan

Pada tahun 2016 yang lalu, syarikat nubia dikatakan telah merancang untuk memperkenalkan seutas jam tangan pintar dengan skrin boleh lentur mereka sendiri.

Kini, selepas hampir tiga tahun, peranti tersebut akhirnya bakal ditawarkan kepada pengguna secara rasmi. nubia Alpha atau "nubia α" telah pun diperkenalkan semasa acara MWC2019 di Barcelona baru-baru ini.

https://youtu.be/CupF_rXP-68

Ia dilengkapi dengan skrin OLED boleh lentur 4-inci yang disokong cip pemprosesan Snapdragon Wear 2100, memori 1GB RAM serta simpanan dalaman sebesar 8GB.

Malah, peranti ini juga dilengkapi dengan kamera 5MP f/2.2 yang membolehkan tangkapan swafoto dilakukan selain turut membenarkan pengguna untuk membuat panggilan video atau merakam video.

Kapsyen: The Verge


nubia Alpha ini dikuasakan oleh bateri berkapasiti 500mAh serta dijalankan dengan sistem operasi yang dibangunkan khas oleh pihak nubia.

Dalam pada itu, peranti ini turut mempunyai fungsi-fungsi asas yang dimiliki jam pintar lain seperti fungsi kecergasan, pengesan nadi, GPS, membalas mesej dan sebagainya.

Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam serta bersalut 18K emas. Selain itu sebuah variasi yang menyokong fungsi eSIM juga turut diperkenalkan sekaligus membolehkan jam tersebut membuat panggilan.

Kapsyen: Engadget


nubia Alpha ini akan mula dipasarkan di China pada bulan April dengan harga€450(~RM2,086) untuk warna hitam sahaja, €550(~RM2,550) untuk model eSIM dan €650(~RM3,013) untuk model bersalut emas.

Jam tangan pintar tersebut akan turut ditawarkan di pasaran Eropah pada suku ketiga tahun ini manakala Amerika Utara pada suku terakhir.
Kami ketika ini berada di Barcelona untuk acara MWC2019. Ikuti kami untuk berita dan liputan seterusnya melalui #MWC2019 di laman sesawang Wiser.my dan Facebook.

 

Sumber: The Verge