Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cuaca panas

Musim Kemarau Diisytiharkan Sudah Bermula Di Malaysia Dan Wilayah Asia Selatan Lain

Diterbitkan Julai 4, 2022 · Dikemas kini Julai 4, 2022 oleh ariff bukhari

2 Fenomena iklim iaitu fenomena iklim La Nina dan fasa negatif Dipole Lautan Hindi (IOD) dijangka membawa hujan lebat ke wilayah Asia Selatan antara Julai dan Oktober 2022.

Walaubagaimanapun, Pusat Meteorologi Khusus Asean (ASMC) menerusi kenyataan media rasminya mengisytiharkan, musim kemarau di rantau Asia Selatan yang dikaitkan dengan permulaan Monsun Barat Daya sudah pun bermula dan diramal akan berlanjutan sehingga bulan Oktober 2022 nanti.

Wilayah-wilayah Asia Selatan yang terkesan dengan musim kemarau ini termasuklah  Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan selatan Thailand.

Malah ASMC juga menyatakan, walaupun keadaan cuaca yang basah di kebanyakkan bahagian Asia Selatan pada separuh pertama tahun ini menangguhkan kemunculan titik-titik panas dan jerebu, tetapi  risiko kebakaran dan jerebu akibat cuaca kering dan panas yang berpanjangan untuk tempoh beberapa bulan akan datang masih berpotensi berlaku.

Sungguhpun begitu berdasarkan ramalan ASMC, secara keseluruhan situasi jerebu di rantau Asia Selatan pada tahun ini tidak akan seteruk sepertimana insiden jerebu yang pernah berlaku pada tahun 2015 dan 2019 dahulu.

Sumber: ASMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY