Penilaian (rating) permainan mudah alih League of Legends: Wild Rift di aplikasi Google Play Store telah turun di bawah 3 bintang. Perkara ini mungkin berlaku selepas berita Riot Games ingin menyaman Mobile Legends: Bang Bang atas tuduhan pelanggaran harta intelek.
Berdasarkan tinjauan terbaharu saya pada jam 12 tengahari ini, rating LoL: Wild Rift berada pada 2.3 bintang sahaja. Besar kemungkinan perkara ini terjadi dek ketidakpuashatian pemain Mobile Legends terhadap saman Riot Games kepada Moonton.
Riot Games bertindak menyaman pembangun Mobile Legends, Moonton Technology atas tuduhan melanggar hak cipta karakter LoL, kandungan kempen dan pencerobohan harta intelek.
Kita mungkin akan melihat jawapan dan maklum balas daripada pihak Moonton berkenaan perkara ini tidak lama lagi. Anda boleh membaca artikel ini untuk maklumat lanjut.
Baca juga: