Mungkin iPhone 13 Akan Dilengkapi Bateri Lebih Besar

Isu bateri dalam kalangan pengguna iPhone sering diperdebatkan tidak kira dari kalangan mereka sendiri mahu pun Android.

Manakan tidak, sejak dahulu lagi iPhone masih menggunakan bateri yang tidak berapa relevan berbanding pasaran Android yang sudah mencapai 7000mAh.

Terbaru, penganalisis terkenal, Ming-Chi Kuo berpendapat Apple mungkin akan akur untuk memuatkan bateri lebih besar pada barisan iPhone 13 tahun ini.

Tambah beliau, bagi merealisasikannya, beberapa rekaan perlu diperbaharui bagi memastikan bateri berkapasiti besar dapat dimuatkan.

Jika perkara ini benar, secara tidak langsung iPhone 13 bakal menerima jangka hayat bateri yang lebih baik berbanding model-model terdahulu.

Mungkin juga, tahun ini kita dapat lihat iPhone 13 hadir dengan sokongan kadar penyegaran lebih tinggi atau paparan Always On Display yang masih belum kelihatan dalam siri iPhone.

Selain itu, dengan cip baharu Apple A15 bionic ini juga dapat memberikan kecekapan tenaga lebih baik.

Sumber: macrumors